InstaForex

Friday, September 9, 2011

Umur Bukan Penghalang Utama Bagi Gamers

Umur bukan penghalang utama untuk gamers

Percaya atau tidak,umur bukanlah penghalang utama bagi gamers untuk terus melayan hobi mereka dimasa masa akan datang.Walaupun berumur sehingga 80 tahun sekalipun,mereka masih akan melayan hobi mereka dan tidak akan berhenti,mungkin hanya kurang sahaja.

Berikut adalah list forum yang bincang tentang umur seorang gamers.
http://forums.amd.com/game/messageview.cfm?catid=227&threadid=89946

Selain daripada itu,laman web ini menunjukkan gamers paling senior ( Tua )
http://www.pocket-lint.com/news/21191/uk-has-oldest-gamers-europe

John Bates
85 tahun ( Tahun 2011 )
Pemegang Rekod "Guinness World Records Gamers Edition"
Pecahkan rekod score tertinggi dalam Wii Sports Bowling " 2850 point "
http://blogs.dailyrecord.co.uk/gaming/2011/01/wii-are-the-champions-world-record-gamers.html




Soalan untuk anda :- anda mula bermain game pada umur berapa dan game pertama yang anda main?
( jawapan sila tinggalkan di komen ye )

Tuesday, September 6, 2011

Cerita Lucu - Mengenal Bunyi Haiwan

Cerita lucu - mengenal bunyi haiwan

Cerita ini dapat daripada seorang rakan Facebook yang suka berkongsi cerita cerita yang menarik,apapun enjoy ye.

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!

Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..

Amy : Meowwww

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?

Udin : ..............................................................

Cikgu : Udin?

Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...

Cikgu : Bunyi buaya apa tu???

Udin : Buaya darat cikgu!


Enjoy ye..jika suka jangan lupa follow blog illyz untuk update seterusnya :)

Lawak Angry Bird ( Video )

Lawak Angry Bird





Video di atas hanya untuk hiburan semata mata.Salah satu daripada video lucu yang menarik bagi sesetengah individu.Apapun enjoy lihat video ini. :)

Monday, September 5, 2011

Jom Layan Korea Hari Ini

Pilihan Video Korea Hari Ini

Song Ji Eun Ft UntouchAble
Video Title : Give You All
Artist : Song Ji Eun Ft Untouchable

See Song Ji Eun profile at DramaWiki

Bagi sesiapa yang minat dengan artis korea,drama ke,video,atau lagu,hari ini jom layan salah satu lagu favourite korea.






Give You All ( MV ) - Song Ji Eun Ft Untouchable


Give You All ( Live ) - Song Ji Eun Ft Untouchable

Saturday, September 3, 2011

Gambar Produk Yang Pelik / Ganjil

Gambar produk yang pelik

Mungkin bagi anda sesetengah gambar di bawah mungkin bagi anda biasa sahaja,apapun tengok la ye.

 
coklat berbentuk bom,kalau makan tak meletup ke perut nanti?
coklat berbetuk peluru
Kayu Golf Istimewa,siap boleh isi air sirap lagi
Lip Balm Berjenama SPAM
Gambar kat box tu,korang rasa nak makan lagi ke? Perhatikan bahagian hidung orang dalam gambar :)
Bekas Wine / Minuman Keras,tengok gambar nampak seperti bekas tu yang sedang minum pula
Span ke apa entah namanya,biasanya digunakan untuk mandi...berbentuk ice cream.
Siapa pakai telefon jenis ni,kompem masa sedang bertelefon,tak terlepas daripada tangan
Mesin taip masa kini...canggih
Air berkabonat yang sedap diminum kalau di campur dengan lemon,tapi tgok jenama..
Terhibur? Kalau nak share ke blog anda..sila bagi kredit ke blog ini ye..Follow blogillyz untuk mendapatkan lebih banyak update terbaru



Friday, September 2, 2011

Twitter Follow Dah Limit Sampai 2000 Sahaja

Twitter follow limit hanya 2000 ?

twitter follower
Rasanya twitter dah limitkan twitter follow ke 2000 sahaja.Buat masa ini,bercadang nak remove follow yang tak follow semuia.Tapi illyz ada jumpa satu blog yang bagi info,limit twitter follow ni boleh ditambah lagi jika kekal aktif,kerap buat posting,unfollow sesiapa yang tak follow dan pelbagai lagi kot..tak tau sangat memandangkan masih baru lagi dalam twitter ini.
Buat masa ni dah dapat extra 1 twitter follow menjadikan limit follow ke 2001.Rasanya nak juga cari bagaimana nak extend lagi twitter follow limit ni.Nak jadi macam pemilik akaun twitter yang lain yang boleh follow sampai 10k - 200k..Dan baru baru ini illyz jumpa satu blog yang menerangkan cara cara untuk extend limit twitter follow ni. http://twittnotes.com/2009/03/2000-following-limit-on-twitter.html cuma tak tahu kalau cara ini masih boleh pakai memandangkan posting di buat pada tahun 2009 tapi tak salah mencuba bukan?

Bagi yang nak follow twitter illyz...follow kat sini :) nanti illyz follow semula

Thursday, September 1, 2011

Selamat Menyambut hari kemerdekaan Yang ke 54

Merdeka Merdeka Merdeka - Malaysia



Selamat menyambut hari kemerdekaan yang 54 kepada seluruh Rakyat Malaysia.Dah 54 tahun Negara kita merdeka dan bagi illyz,sangat sangat bersyukur sebab di lahirkan di Malaysia yang aman ini.Kepada yang seronok beraya..jangan lupa sambut kemerdekaan juga ye? Walaupun tarikh official untuk menyambut kemerdekaan telah ditukar kepada 16 sep 2011.

Cuma semangat kemerdekaan kali ni sama juga seperti tahun tahun  sebelum ini dimana bilangan kenderaan yang meletakkan Jalur Gemilang boleh dikira.Apapun..selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun 2011.


Alleycats - Sampaikan Salam *Jom Layan*

Alleycats - Sampaikan Salam



Kumpulan Alleycats merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang terkenal dengan lagu Jika Kau Bercinta Lagi dan Senandung Semalam. Kumpulan ini boleh dikatakan kumpulan muzik bukan Melayu yang paling berjaya memikat hati pendengar muzik Melayu. Alleycats yang mula menyanyi di kelab dan menghasilkan album sejak tahun 1970-an masih kekal hingga sekarang dan mereka masih aktif menyanyi.
Source : MS.Wiki

Bagi yang mengemari lagu lagu Genre ini,apa lagi..jom layan..Sekali sekala tak apa.Time time ni rasanya sesuai kalau layan kan?

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Di kesempatan ini,illyz mengucapkan kepada semua Umat Islam di Malaysia,Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.

Kepada yang balik kampung hari ini,sentiasa berhati hati semasa berada di jalan raya dan dimana jua.Kepada yang sudah berada di kampung halaman,yang sedang beraya,jangan main mercun.hehe..

Monday, August 29, 2011

Pencipta Auto Bot Digg Ditangkap?




Auto Bot Digg - Penciptanya telah ditangkap?

Bagi yang tak tahu...digg.com merupakan sebuah social bookmarking website dan bagi mereka yang pakar seo dan traffic,digg.com merupakan salah satu "punca utama traffic" yang tinggi.Ada beberapa blogger ( pakar ) mampu hasilkan lebih 12k - 15k traffic ( K = ribu ) sehari hanya daripada digg.Belum campur sumber lain.

Video diatas cuma hiburan semata mata.Illyz jumpa video ni masa tengah cari cari cara untuk dapatkan traffic dari digg.Bagi yang belum tengok,enjoy ye..hehe..

Mula mula tengok daripada tajuk video,ingatkan betul..rupa rupanya cuma gurauan je..haha..yang kagum tu,cara mereka hasilkan robot tu..tengok video tu ye..

Friday, August 26, 2011

Teksi Yang Paling Mahal

Teksi yang paling mahal dan paling laju

Masa tengah mencari cari cerita yang sesuai untuk dipostkan di blog ini,terjumpa satu gambar yang cukup cukup menarik daripada satu laman blog whiteman.Gambar di atas merupakan gambar Kereta Sport yang paling mahal.Kereta jenis lamborghini antara kereta yang tak semua mampu dan keluaran agak limit kalau dengar cerita cerita daripada kawan mahupun blog / website.

Kalau anda berpeluang nak naik Teksi ni..nak naik tak?

Iklan yang nampak sangat menipu

Iklan yang nampak sangat menipu


hahaha...no offense,tapi nampak sangat gambar iklan ni menipu sikit.Lebih edit daripada realiti..

Tuesday, August 23, 2011

Cetak Rompak Vs Original

cetak rompak vs original

Cetak Rompak Vs Original


Gambar di atas merupakan sebab utama mengapa ramai memilih untuk membeli video cetak rompak / tengok secara online berbanding membeli..selain daripada faktor harga :)..fikir fikirkan dan renung renungkan..



Wednesday, August 17, 2011

Gambar Haiwan haiwan yang nakal

Gambar haiwan yang nakal

Warning ! Amaran ! Budak bawah umur dilarang baca :D

Haha..illyz jumpa gambar gambar ni masa illyz sedang melayari laman blog weirdexistence dan tidak kesemua gambar illyz ambil kerana ada sesetengah daripada gambar gambar yang di kongsikan oleh blogger ini tidak sesuai bagi illyz untuk post kat blog illyz.Apapun enjoy lihat gambar gambar di bawah :D










Enjoy ^^

Thursday, August 11, 2011

Dapat PR1 dalam sebulan





Check Page Rank of your Web site pages instantly:




This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

PageRank 1 dalam sebulan

Hari ini adalah 11hb ogos 2011 dimana blogillyz telah pun berusia sebulan dan illyz bersyukur sebab dapat Pagerank 1 ( PR1 )dalam tempoh masa sebulan ini.Illyz tak pasti bagaimana illyz dapatkan pagerank seperti ini walaupun jika di lihat,jumlah traffic ke blogillyz amat sedikit berbanding blog blog lain yang illyz pernah kunjungi sebelum ini.

Diatas post ini illyz sediakan tool daripada http://www.prchecker.info dimana illyz dapat check pagerank illyz di website ini.Pembaca pembaca lain yang ingin semak pagerank boleh terus gunakan tool di atas.

Kalau illyz dapat cari bagaimana cara illyz dapatkan pagerank 1 dalam masa sebulan ini,illyz akan kongsikan tips tips nya di post post akan datang.Terus follow blog illyz jika suka ye ^^

Wednesday, August 10, 2011

Social Website Bookmark List Dofollow

social web dofollow

Senarai Website Social Bookmark Dofollow

Dibawah ini akan di senaraikan beberapa link website social yang dofollow.Ini penting untuk mendapatkan lebih banyak linkback ke blog atau website anda untuk dapatkan ranking tinggi di search engine.Klik link untuk terus ke website ini :)

Digg                       Folkd                     Stumbleupon   

Reddit                  Diigo                  Delicious

Bibsonomy      Buddymark      EasyBM


Buat masa ini,illyz hanya dapat senaraikan beberapa list sahaja.Mungkin di lain hari illyz akan postkan yang selebihnya.

Sunday, August 7, 2011

Kesilapan google atau kesilapan sendiri?

google

Kesilapan  google translator?


Baru baru ini,semasa illyz sedang melayari facebook,illyz jumpa satu posting menarik daripada seorang rakan facebook illyz yang mengatakan google translator ini ada banyak kesilapan dalam perterjemahan dalam daripada Bahasa English ke Bahasa Melayu.

Kemudian illyz explore dan memang nampak seperti silap daripada google translator.Tapi mungkin juga silapnya datang daripada rakan illyz sendiri atau kebanyakkan penguna Google translator.

Cuba terjemahkan daripada Bahasa English ke Bahasa Melayu di google mengunakan perkataan di bawah

Football

Dan illyz pasti anda semua akan terkejut kerana kalau di rujuk di kamus,sebenarnya football dalam bahasa melayu adalah Bola sepak tetapi keputusan terjemahan di google translate adalah seperti gambar di bawah
Mungkin sesetengah pembaca akan fikir, oh mungkin google translator ni silap,tetapi sebenarnya kalau kita explore lebih dalam lagi cara mengunakan google translator ini,sebenarnya tidak salah langsung.Jika tidak percaya,cuba klik kat perkataan yang telah di terjemah ( baju ) dan kemudian lihat di gambar di bawah
Sebenarnya ada terjemahan perkataan "football" yang betul,cuma kita kena rajin sikit explore dulu,kemudian baru buat keputusan.Sebenarnya bukan google yang letakkan 100% translation,separuh daripada translation / terjemahan tu diberikan oleh penguna penguna google.Sebelum ini website google translator ini ada link "donate your translation" tetapi sekarang tidak tahu kenapa google dah remove.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh Umat Islam Di Malaysia

Bulan puasa dah lepas 1 hari dan hari ini adalah hari ke 2 kesemua Umat ISLAM di Malaysia berpuasa.Illyz nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua.

Wednesday, July 27, 2011

Apa itu Dofollow dan Nofollow

Dofollow dan Nofollow?


Dofollow dan nofollow adalah satu perkara yang cukup menarik kepada blogger dan juga webmaster.Hampir kesemua blog mengunakan default setting iaitu "nofollow" dimana kesemua link di pages dan juga komen tidak difollow oleh google dan search engine lain.Google mengunakan setting default nofollow kepada blogger untuk mengelakkan daripada spam link.

Dofollow = Google bukan sekadar index page anda,malah follow semua link yang ada di blog
Nofollow = Google hanya index page,tetapi tidak follow link yang ada di blog anda

Mengapa dofollow ini penting?


Ramai blogger dan webmaster mahu "increase" atau menaikkan Google Page Rank ( PR ),dan ini penting untuk mendapatkan ranking tinggi di carian search engine.Salah satu cara untuk mendapatkan High PR di search engine adalah dengan mendapatkan link daripada blog dan website lain ke blog atau website anda. Jika link link yang anda dapatkan ke blog anda ini "nofollow" google tidak akan mengira link ini dan menganggap link ini sebagai "worthless" untuk search engine ranking anda.

Bagaimana Dofollow ini berfungsi?

Sekarang ni illyz ambil contoh melalui blog illyz.Anda komen ke blog illyz dimana blogillyz merupakan jenis dofollow.Jika anda meletakkan komen ( Nama dan Url ) dan komen ke blog illyz.Secara tidak langsung blog atau website anda mendapat linkback daripada semua posting illyz walaupun anda cuma letak 1 komen sahaja.Jika illyz posting lebih daripada 100,maka blog atau website anda mendapat lebih 100 linkback hanya daripada blog illyz.Bagaimana jika anda komen ke lebih 100 blog menarik dan setiap blog tersebut mempunyai lebih daripada 100 posting?

Tapi harus juga di ingatkan,komen haruslah sesuai dengan topik yang di perbincangkan.Illyz,sepertimana blogger blogger lain tidak suka dengan komen spam yang hanya masuk dan tinggalkan link sahaja.Kalau illyz jumpa komen seperti ini,illyz tak approve malah illyz delete daripada blog illyz dan secara tidak langsung,anda tidak akan dapat apa apa linkback daripada blog illyz.

Selain daripada itu,setiap kali illyz post apa apa link di posting illyz,secara tidak langsung,link tersebut juga mendapat linkback daripada blog illyz.

Mengapa Dofollow penting?

Dofollow penting bagi blog blog posting yang mempunyai link di setiap posting.Google bukan sekadar index page anda,malah follow setiap link yang anda post di posting blog atau website anda. Ini secara tidak langsung ,dapat menaikkan search engine ranking anda ( jika link yang anda post di posting adalah dofollow,maka peluang untuk ranking naik lebih tinggi )

Selain daripada itu,ramai blogger blogger mencari blog atau website yang "dofollow" dan komen untuk mendapatkan linkback.Dan ini juga peluang anda untuk mendapatkan lebih banyak traffic

Kesimpulannya,Dofollow ini penting bagi blog blog yang ingin menaikkan ranking search engine dengan mendapatkan linkback daripada blog blog yang dofollow :)

Monday, July 25, 2011

Masalah bila nak Enable Lan Connection?


Masalah Lan Connection?

Seringkali bila menghadapi masalah dengan komputer,ada sesetengah penguna komputer yang tak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah,terus bawa ke kedai komputer atau reformat komputer anda.Mungkin ada sesetengah pembaca illyz menghadapi masalah seperti di bawah

Bila nak enable Lan,yang keluar connection failed?

Jika anda pernah mengalami masalah ini,mungkin masa tu,anda perlu untuk disable Lan connection dan bila dan enable semula,tak dapat? Yang keluar hanya "connection failed" dan bagaimana anda cuba sekalipun, jawapan dan hasilnya tetap sama?


Cuba selesaikan masalah ini dengan cara yang diajarkan melalui panduan di bawah

1 ) Klik pada Menu "Start"
2 ) Klik pada Menu " Run"

3) Selepas itu ianya akan keluar 1 box,Kemudian,taip " CMD "

4)1 box besar berwarna hitam akan keluar,Taipkan Chkdsk / R




5) Bila keluar " Chkdsk cannot run because the volume is in use by another process......" Tekan Y. Kemudian restart komputer anda dan jangan skip apa apa.Tunggu hingga selesai dan kemudian cuba enable Lan connection anda semula.

Mungkin bagi sesetengah Pc / Komputer,teknik ini tidak berkesan,tetapi apa salahnya jika anda semua cuba dahulu.

" Semoga hari ini lebih baik daripada hari sebelumnya "
"Semoga rezeki kita semua lebih murah dan dilindungi daripada ganguan jahat"

Thursday, July 21, 2011

Awas Scam ! - Fakta sebenar Login Facebook dapat Duit

Login Facebook Dapat Duit?

HARUS BACA

Betul ke login facebook boleh dapat duit sehingga RM 100 Sehari? Setiap kali login facebook atau sedang check check facebook anda,mungkin terjumpa post post seperti login facebook dapat duit dan bermacam lagi.Jangan mudah terpedaya dengan benda benda seperti ini kerana kebanyakkannya tidak lebih daripada scam sahaja.

Tahukah anda bahawa konsep login facebook dapat duit hanya untuk mengkaburi mata anda sahaja? Illyz jumpa artikel ini semasa illyz sedang melayari blog http://cdiqlife.com/dan terbaca artikel mengenai login facebook dapat duit yang scam ini.

Mengikut apa yang Penulis Blog Cdiqlife.com ini,konsep login facebook dapat duit ini sebenarnya :-

  • Anda cari orang atau downline anda dan anda dapat duit. Atau dengan kata lain konsep ‘headhunting’.
  • Bulan-bulan kena renew balik yuran pendaftaran sebanyak RM100. Tapi ada tricks untuk renew secara percuma tanpa membayar apa-apa kepada upline anda.
  • Sama macam konsep Myspacetunai.com yang pernah hangat sewaktu Myspace menjadi sosial network nombor 1 sebelum adanya Facebook.
  • Segala ebook, audio dan video yang ditawarkan adalah sekadar untuk mengaburi dan sebagai kekuatan untuk mengatakan ianya sebuah perniagaan internet yang sah walhal kalau dilihat secara telus, nampak sangat ianya adalah sebuah money-game.  
Fakta Penipuan yang harus anda baca dan tahu mengenai Konsep Login Facebook Dapat duit ini
1. Mengeksploitasi gambar orang atau gambar duit 
Gambar ini illyz ambil daripada google dengan hanya search image mengunakan keyword "duit"

Saya terkejut bila saya terjumpa dalam Facebook seseorang yang mempromosikan money-game ini dengan meletakkan gambar seorang IM yang sedang memegang duit. Sedangkan pada asalnya, gambar itu digunakan untuk tujuan lain. Namun, gambarnya telah dieksploitasi oleh individu-individu tertentu untuk mengaburi mata orang ramai bahawa mereka akan dihujani dengan Login Facebook Dapat RM100.

2. Mengatakan Login Facebook Dapat RM100 adalah sebuah perniagaan yang sah dengan konsep terkini

Saya amat-amat membantah perkara ini. Saya tidak bersetuju benda ini adalah 1 perniagaan kerana tidak melibatkan penjual-produk-pembeli. Yang ada hanyalah mereka yang penipu dan yang tertipu.

3. Indah khabar dari rupa
Sesiapa yang nak tau rahsia macam mana nak dapat RM100 setiap kali kita log in facebook boleh hantar message ke inbox saya..Betul..Ini realiti.. Saya amat berterima kasih kepada rakan fb sy yang telah membongkarkan rahsia ni kepada saya..
p/s: Rahsia ini terlalu mudah.. cuma hantar message ke inbox saya je kepada sesiapa yang berminat hendak melihat RM100-RM1000 masuk ke akaun bank mereka setiap kali log in facebook
Ini adalah petikan dari beribu-ribu ayat yang digunakan oleh mereka untuk menarik orang lain join dan menjadi downline mereka. Cuba fahami betul-betul “rahsia macam mana nak dapat RM100 setiap kali kita log in facebook boleh hantar message ke inbox saya”. Adakah Mark Zuckerberg begitu baik hati untuk menghantar mesej inbox setiap pengguna Facebook yang mengatakan, “Hey dude! This 100 bucks for u. Thanks for being our loyal user.” Hell no!! Baca ayat sehingga habis “cuma hantar message ke inbox saya je kepada sesiapa yang berminat”. Jadi siapakah yang sebenar menghantar mesej ke inbox mereka?? Andalah yang menghantar mesej ke dalam inbox mereka.

4. Menggunakan akaun Facebook palsu
Ini adalah taktik yang sering digunakan. Dan kebiasaannya, akaun palsu ini menggunakan gambar awek yang hot + sexy dimana gambar mereka boleh diperolehi dengan mudah menerusi carian di Google.

Untuk artikel penuh mengenai fakta sebenar login facebook dapat duit ini,sila lah layari blog cdiqlife.com

Jika anda rasa tidak percaya / anda salah seorang daripada member yang join login facebook dapat duit ini,dan bercanggah pendapat,Lihat fakta sebenar mengapa anda harus percaya
  1. Penulis Cdiqlife.com sudah lama dalam biz internet dan dah banyak hasilkan income dengan cara sendiri yang bukan scam.Kiranya otai.
  2.  Selain daripada Cdiqlife.com , ada banyak lagi otai otai di forum forum terkenal seperti Wangcyber,Carigold dan beberapa forum malaysia yang menyokong fakta login facebook dapat duit ni tidak lebih daripada scam.
  3. kebanyakan Otai otai yang menyokong fakta login facebook dapat duit ini tidak lebih daripada scam merupakan golongan yang dah hasilkan pendapatan ribuan,puluhan ribu,dan ada yang ratusan ribu melalui cara penjanaan wang mereka sendiri.
  4. Bukan otai otai forum sahaja,malah ramai blogger blogger yang dah lama dalam bidang blog ini juga sokong.Blogger blogger yang menyokong fakta ini juga telah menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui cara penjanaan wang mereka sendiri. ( adsense,ppc,affiliate,jualan produk,panduan,forex dan pelbagai lagi )
Jika anda tetap tidak percaya,itu terpulang kepada anda.

Bagi illyz,banyak cara untuk hasilkan pendapatan melalui facebook ini,salah satunya ,join affiliate program yang baik dan boleh hasilkan jualan.Seperti affiliate buku masakan.Cari 1 website yang jual ebook panduan resepi masakan,promosikan affiliate link anda mengunakan kaedah yang betul dan ayat iklan yang menarik,target kepada yang berminat untuk belajar memasak atau ingin mengetahui resepi masakan.Tidak mustahil untuk hasilkan income melalui cara ini.

Atau promosikan website hosting atau panduan berblogging,panduan ppc atau panduan affiliate serta ebook panduan lain yang boleh hasilkan jualan.

Saturday, July 16, 2011

Antivirus Percuma Yang Menjadi Pilihan Tahun 2011

Pilihan Antivirus percuma terbaik 2011

Seperti yang anda semua tahu,virus banyak memberikan masalah kepada kita.System rosak,performance pc jadi lebih slow,selalu keluar error,folder tak boleh delete,file tak dapat buang,tak dapat install software dan juga buatkan pc banyak kali restart.Bukan itu sahaja,malah spyware ( mencuri maklumat peribadi terutama akaun bank online,paypal,dan akaun yang berkaitan dengan $$ ) malware dan pelbagai jenis virus dan yang paling menakutkan,Virus Sniffing ( mencuri maklumat peribadi )

Dari mana datangnya virus virus jenis jenis macam ni?

Seperti yang kita tahu,kebanyakkan virus virus ni datang daripada internet,search engine dan pelbagai lagi website website berbahaya,file sharing website.Jika anda selalu pergi ke cyber cafe,sila pastikan cyber cafe tersebut mempunyai protection yang baik jika anda ingin mengakses laman web online banking atau yang berkaitan dengan duit.Ini kerana kebanyakan cyber cafe mengendahkan sistem keselamatan dalam pc.

Antivirus percuma yang patut anda install jika anda mempunyai pc sendiri di rumah

AVG FREE ANTIVIRUS

Salah satu pilihan sesuai untuk anda gunakan.Bukan sahaja free,malah proses "scan" juga cepat dan berkesan.Antivirus ini boleh Remove Apa sahaja potensi  virus,malware,spyware,adware dan banyak lagi yang penting,Anda " keep up to date " AVG Free ini.
Download link : http://free.avg.com/us-en/download-avg-anti-virus-free

avira antivir

Avira Antivir

Avira antivir juga merupakan salah satu pilihan antivirus yang anda boleh gunakan.Kalau mengikut pengalaman,Avira ini boleh remove semua jenis virus pc yang berpotensi untuk "harm" pc anda,Cuma anda kena pastikan " Keep Update "



Download Link : http://www.avira.com/en/avira-free-antivirus

Panda cloud antivir

Panda Cloud Antivirus

Kadang kadang ramai cakap antivirus ni tak dapat install di sesetengah pc.Tapi protection daripada antivirus ini juga boleh tahan.Yang penting jangan lupa update.Dari segi performance,tak banyak sangat makan "RAM" pc,dan pc tak jadi slow.Scan lancar tak delay.


Download Link : http://www.cloudantivirus.com/en/

Sebenarnya ada lebih banyak lagi antivirus antivirus percuma yang terdapat di internet,cuma kena berawas sebab ada sesetengah antivirus adalah "Fake" atau palsu.Jadi gunakan antivirus yang boleh di percayai.Kalau rasanya mampu untuk beli antivirus yang berbayar,apa salahnya.

Jika anda mempunyai cadangan lain tentang antivirus percuma yang anda gunakan ( yang boleh dipercayai ),jangan lupa tinggalkan komen dan share info anda kepada pembaca pembaca yang lain.

Wednesday, July 13, 2011

Katak katak beracun yang boleh membunuh

katak beracun

Gambar di atas merupakan salah satu daripada katak beracun yang boleh membunuh  ( cane toad ) dari Australia.

Selain daripada itu,gambar gambar yang ditunjukkan di bawah juga adalah katak katak yang beracun yang boleh membunuh jika tersentuh dan kebanyakkan katak katak ini daripada kawasan pedalaman Hutan Hujan Amazon.Jika anda terjumpa katak katak ini,cuba hindari daripada tersentuh kerana bisa daripada kulit katak ini boleh membunuh.

katak beracun

katak beracun

katak beracun