InstaForex
Showing posts with label Info IT. Show all posts
Showing posts with label Info IT. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

HotSpotShield Tak Boleh Uninstall?

Bagaimana Untuk Uninstall HOTSPOT SHIELD?

Kadang kadang memang menjadi masalah besar bagi mereka yang dah install hotspot shield tapi tak boleh nak uninstall semula.Kadang kadang juga masalah ini boleh membuatkan PC anda mempunyai masalah lain di masa akan datang,internet menjadi lebih slow,performance pc kurang lancar dan pelbagai lagi masalah.

Ramai dah tercari cari cara bagaimana untuk uninstall hotspot shield ini dan biasanya teknik yang anda jumpa di forum forum biasanya tidak sesuai bagi mereka yang newbie dalam hal hal pasal komputer ini.

Kali ini illyz nak ajar cara untuk uninstall Hotspot Shield ini. ( sesuai untuk semua )

Anda hanya perlukan 2 benda sahaja iaitu ( kedua duanya free dan bebas virus ) :-
1) Iobit uninstaller - http://www.iobit.com/advanceduninstaller.html
2) Unlocker - http://www.filehippo.com/download_unlocker/

Langkah Pertama :-
Run Iobit uninstaller,cari Hotspot shield,dan pilih "Force Uninstall" ( bagi sesetengah PC ,jika anda mengalami masalah Error Biru keluar ,pilih "Uninstall" sahaja )

Jika anda pilih "force uninstall",anda akan dapat tab baru dimana anda perlu browse file yang ingin di uninstall.Jika tidak tahu,cari sahaja shorcut ke hotspot shield tersebut.



Langkah Kedua :-
Selepas selesai Uninstall,pastikan anda pilih "powerful scan" dan kemudian pilih "select all" dan pilih "delete"


Langkah Ketiga :-
Install Unlocker,Kemudian cari folder Hotspot Shield tadi dan right click,pilih unlocker.

Kemudian anda pilih delete dan tekan Ok.

Kemudian selesai.Teknik uninstall ini juga boleh digunakan untuk uninstall folder yang degil dan file atau application yang mempunyai masalah.Jika tutorial ini membantu,anda boleh sharekan kepada rakan rakan anda,tetapi jangan lupa bagi credit kat blogillyz ok?

Monday, July 25, 2011

Masalah bila nak Enable Lan Connection?


Masalah Lan Connection?

Seringkali bila menghadapi masalah dengan komputer,ada sesetengah penguna komputer yang tak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah,terus bawa ke kedai komputer atau reformat komputer anda.Mungkin ada sesetengah pembaca illyz menghadapi masalah seperti di bawah

Bila nak enable Lan,yang keluar connection failed?

Jika anda pernah mengalami masalah ini,mungkin masa tu,anda perlu untuk disable Lan connection dan bila dan enable semula,tak dapat? Yang keluar hanya "connection failed" dan bagaimana anda cuba sekalipun, jawapan dan hasilnya tetap sama?


Cuba selesaikan masalah ini dengan cara yang diajarkan melalui panduan di bawah

1 ) Klik pada Menu "Start"
2 ) Klik pada Menu " Run"

3) Selepas itu ianya akan keluar 1 box,Kemudian,taip " CMD "

4)1 box besar berwarna hitam akan keluar,Taipkan Chkdsk / R




5) Bila keluar " Chkdsk cannot run because the volume is in use by another process......" Tekan Y. Kemudian restart komputer anda dan jangan skip apa apa.Tunggu hingga selesai dan kemudian cuba enable Lan connection anda semula.

Mungkin bagi sesetengah Pc / Komputer,teknik ini tidak berkesan,tetapi apa salahnya jika anda semua cuba dahulu.

" Semoga hari ini lebih baik daripada hari sebelumnya "
"Semoga rezeki kita semua lebih murah dan dilindungi daripada ganguan jahat"

Saturday, July 16, 2011

Antivirus Percuma Yang Menjadi Pilihan Tahun 2011

Pilihan Antivirus percuma terbaik 2011

Seperti yang anda semua tahu,virus banyak memberikan masalah kepada kita.System rosak,performance pc jadi lebih slow,selalu keluar error,folder tak boleh delete,file tak dapat buang,tak dapat install software dan juga buatkan pc banyak kali restart.Bukan itu sahaja,malah spyware ( mencuri maklumat peribadi terutama akaun bank online,paypal,dan akaun yang berkaitan dengan $$ ) malware dan pelbagai jenis virus dan yang paling menakutkan,Virus Sniffing ( mencuri maklumat peribadi )

Dari mana datangnya virus virus jenis jenis macam ni?

Seperti yang kita tahu,kebanyakkan virus virus ni datang daripada internet,search engine dan pelbagai lagi website website berbahaya,file sharing website.Jika anda selalu pergi ke cyber cafe,sila pastikan cyber cafe tersebut mempunyai protection yang baik jika anda ingin mengakses laman web online banking atau yang berkaitan dengan duit.Ini kerana kebanyakan cyber cafe mengendahkan sistem keselamatan dalam pc.

Antivirus percuma yang patut anda install jika anda mempunyai pc sendiri di rumah

AVG FREE ANTIVIRUS

Salah satu pilihan sesuai untuk anda gunakan.Bukan sahaja free,malah proses "scan" juga cepat dan berkesan.Antivirus ini boleh Remove Apa sahaja potensi  virus,malware,spyware,adware dan banyak lagi yang penting,Anda " keep up to date " AVG Free ini.
Download link : http://free.avg.com/us-en/download-avg-anti-virus-free

avira antivir

Avira Antivir

Avira antivir juga merupakan salah satu pilihan antivirus yang anda boleh gunakan.Kalau mengikut pengalaman,Avira ini boleh remove semua jenis virus pc yang berpotensi untuk "harm" pc anda,Cuma anda kena pastikan " Keep Update "



Download Link : http://www.avira.com/en/avira-free-antivirus

Panda cloud antivir

Panda Cloud Antivirus

Kadang kadang ramai cakap antivirus ni tak dapat install di sesetengah pc.Tapi protection daripada antivirus ini juga boleh tahan.Yang penting jangan lupa update.Dari segi performance,tak banyak sangat makan "RAM" pc,dan pc tak jadi slow.Scan lancar tak delay.


Download Link : http://www.cloudantivirus.com/en/

Sebenarnya ada lebih banyak lagi antivirus antivirus percuma yang terdapat di internet,cuma kena berawas sebab ada sesetengah antivirus adalah "Fake" atau palsu.Jadi gunakan antivirus yang boleh di percayai.Kalau rasanya mampu untuk beli antivirus yang berbayar,apa salahnya.

Jika anda mempunyai cadangan lain tentang antivirus percuma yang anda gunakan ( yang boleh dipercayai ),jangan lupa tinggalkan komen dan share info anda kepada pembaca pembaca yang lain.