InstaForex
Showing posts with label Info Penting. Show all posts
Showing posts with label Info Penting. Show all posts

Friday, May 29, 2020

Gambar Dan Situasi Pesakit Covid-19 Tahap Kritial | Tahap Pengunaan Ventilators


Pesakit Covid-19 Ditahap Kritikal dan Perlu pengunaan Ventilator


Hari ini illyz terpanggil untuk berkongsi gambar gambar pesakit covid-19 yang mana mereka pada tahap kritikal dan memerlukan bantuan ventilator

Berikut adalah gambar gambar pesakit pesakit covid-19 yang capai tahap kritikal dan memerlukan ventilator untuk terus berjuang

( Kredit Gambar Kepada Owner,Reuter dan Google )








Stay safe,Stay at home,Kita mesti menang.Jangan ingat covid-19 di Malaysia akan berakhir cepat,sebab vaksin belum ada..jadi jaga diri sendiri dan keluarga.

Ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada #MYfrontliner frontliner Malaysia,,Kerajaan Malaysia,TS Muyyidin Yassin dan semua yang terlibat dalam usaha keras membendung penularan wabak covid-19 ini..thank you so much

Monday, December 17, 2012

Haiwan Haiwan Yang Hampir Pupus

Senarai Haiwan Haiwan Yang Hampir Pupus

Umumnya, apabila sebut tentang masalah kepupusan spesies di bumi ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri iaitu manusia. Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan haiwan-haiwan ini. Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan dan perdagangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah kita melihat haiwan-haiwan comel yang tidak bersalah seperti di bawah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?

Berikut adalah diantara beberapa senarai haiwan yang bakal pupus jika tidak dijaga dan dilindungi dengan baik

SAND CAT
Kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasinya yang mendadak.Sand Cat @ Wiki

EGYPTIAN TORTOISE
Kleinman’s tortoise atau Leith’s tortoise,atau lebih dikerap di panggil sebagai Egyptian tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam di tahap yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.Kleinman's tortoise @ Wiki

SEA OTTER
Sea Otter hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Mengapakah mereka tergamak nak membunuh haiwan secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi Sea Otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.Sea Otter @Wiki

FENNEC FOX
Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.Fennec Fox @Wiki

MEXICAN AXOLOTI
Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi haiwan ini yang masih terpelihara.

PIKA
Pika ( bukan pica atau pikachu ) yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation (WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurangan dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis haiwan ini.Pika @Wiki

MANDARIN DUCK
Mandarin Duck (Itik Mandarin) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang berbagai warna manakala betina hanya berwarna plain yang biasa.  Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang kurang sedap.Mandarin Duck @Wiki

SLOW LORIS
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat menarik iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.Slow Loris @Wiki

BELUGA WHALE
Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.Beluga Whale @Wiki

BLACK FOOT FERRET
Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di negara Uncle Sam.Black Foot Ferret @Wiki

GREY GENTLE LEMUR
Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di . Juga dikenali sebagai bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.Grey Gentle Lemur @Wiki

HAWAIIAN MONK SEAL
Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.Hawaiian Monk Seal @ Wiki

MATSCHIE'S TREE KANGAROO
Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.Matschies Tree Kangaroo @Wiki

IBERIAN LYNX
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.Iberian lynx @Wiki

GIANT PANDA
Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram.Giant Panda @Wiki


Thursday, July 21, 2011

Awas Scam ! - Fakta sebenar Login Facebook dapat Duit

Login Facebook Dapat Duit?

HARUS BACA

Betul ke login facebook boleh dapat duit sehingga RM 100 Sehari? Setiap kali login facebook atau sedang check check facebook anda,mungkin terjumpa post post seperti login facebook dapat duit dan bermacam lagi.Jangan mudah terpedaya dengan benda benda seperti ini kerana kebanyakkannya tidak lebih daripada scam sahaja.

Tahukah anda bahawa konsep login facebook dapat duit hanya untuk mengkaburi mata anda sahaja? Illyz jumpa artikel ini semasa illyz sedang melayari blog http://cdiqlife.com/dan terbaca artikel mengenai login facebook dapat duit yang scam ini.

Mengikut apa yang Penulis Blog Cdiqlife.com ini,konsep login facebook dapat duit ini sebenarnya :-

  • Anda cari orang atau downline anda dan anda dapat duit. Atau dengan kata lain konsep ‘headhunting’.
  • Bulan-bulan kena renew balik yuran pendaftaran sebanyak RM100. Tapi ada tricks untuk renew secara percuma tanpa membayar apa-apa kepada upline anda.
  • Sama macam konsep Myspacetunai.com yang pernah hangat sewaktu Myspace menjadi sosial network nombor 1 sebelum adanya Facebook.
  • Segala ebook, audio dan video yang ditawarkan adalah sekadar untuk mengaburi dan sebagai kekuatan untuk mengatakan ianya sebuah perniagaan internet yang sah walhal kalau dilihat secara telus, nampak sangat ianya adalah sebuah money-game.  
Fakta Penipuan yang harus anda baca dan tahu mengenai Konsep Login Facebook Dapat duit ini
1. Mengeksploitasi gambar orang atau gambar duit 
Gambar ini illyz ambil daripada google dengan hanya search image mengunakan keyword "duit"

Saya terkejut bila saya terjumpa dalam Facebook seseorang yang mempromosikan money-game ini dengan meletakkan gambar seorang IM yang sedang memegang duit. Sedangkan pada asalnya, gambar itu digunakan untuk tujuan lain. Namun, gambarnya telah dieksploitasi oleh individu-individu tertentu untuk mengaburi mata orang ramai bahawa mereka akan dihujani dengan Login Facebook Dapat RM100.

2. Mengatakan Login Facebook Dapat RM100 adalah sebuah perniagaan yang sah dengan konsep terkini

Saya amat-amat membantah perkara ini. Saya tidak bersetuju benda ini adalah 1 perniagaan kerana tidak melibatkan penjual-produk-pembeli. Yang ada hanyalah mereka yang penipu dan yang tertipu.

3. Indah khabar dari rupa
Sesiapa yang nak tau rahsia macam mana nak dapat RM100 setiap kali kita log in facebook boleh hantar message ke inbox saya..Betul..Ini realiti.. Saya amat berterima kasih kepada rakan fb sy yang telah membongkarkan rahsia ni kepada saya..
p/s: Rahsia ini terlalu mudah.. cuma hantar message ke inbox saya je kepada sesiapa yang berminat hendak melihat RM100-RM1000 masuk ke akaun bank mereka setiap kali log in facebook
Ini adalah petikan dari beribu-ribu ayat yang digunakan oleh mereka untuk menarik orang lain join dan menjadi downline mereka. Cuba fahami betul-betul “rahsia macam mana nak dapat RM100 setiap kali kita log in facebook boleh hantar message ke inbox saya”. Adakah Mark Zuckerberg begitu baik hati untuk menghantar mesej inbox setiap pengguna Facebook yang mengatakan, “Hey dude! This 100 bucks for u. Thanks for being our loyal user.” Hell no!! Baca ayat sehingga habis “cuma hantar message ke inbox saya je kepada sesiapa yang berminat”. Jadi siapakah yang sebenar menghantar mesej ke inbox mereka?? Andalah yang menghantar mesej ke dalam inbox mereka.

4. Menggunakan akaun Facebook palsu
Ini adalah taktik yang sering digunakan. Dan kebiasaannya, akaun palsu ini menggunakan gambar awek yang hot + sexy dimana gambar mereka boleh diperolehi dengan mudah menerusi carian di Google.

Untuk artikel penuh mengenai fakta sebenar login facebook dapat duit ini,sila lah layari blog cdiqlife.com

Jika anda rasa tidak percaya / anda salah seorang daripada member yang join login facebook dapat duit ini,dan bercanggah pendapat,Lihat fakta sebenar mengapa anda harus percaya
  1. Penulis Cdiqlife.com sudah lama dalam biz internet dan dah banyak hasilkan income dengan cara sendiri yang bukan scam.Kiranya otai.
  2.  Selain daripada Cdiqlife.com , ada banyak lagi otai otai di forum forum terkenal seperti Wangcyber,Carigold dan beberapa forum malaysia yang menyokong fakta login facebook dapat duit ni tidak lebih daripada scam.
  3. kebanyakan Otai otai yang menyokong fakta login facebook dapat duit ini tidak lebih daripada scam merupakan golongan yang dah hasilkan pendapatan ribuan,puluhan ribu,dan ada yang ratusan ribu melalui cara penjanaan wang mereka sendiri.
  4. Bukan otai otai forum sahaja,malah ramai blogger blogger yang dah lama dalam bidang blog ini juga sokong.Blogger blogger yang menyokong fakta ini juga telah menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui cara penjanaan wang mereka sendiri. ( adsense,ppc,affiliate,jualan produk,panduan,forex dan pelbagai lagi )
Jika anda tetap tidak percaya,itu terpulang kepada anda.

Bagi illyz,banyak cara untuk hasilkan pendapatan melalui facebook ini,salah satunya ,join affiliate program yang baik dan boleh hasilkan jualan.Seperti affiliate buku masakan.Cari 1 website yang jual ebook panduan resepi masakan,promosikan affiliate link anda mengunakan kaedah yang betul dan ayat iklan yang menarik,target kepada yang berminat untuk belajar memasak atau ingin mengetahui resepi masakan.Tidak mustahil untuk hasilkan income melalui cara ini.

Atau promosikan website hosting atau panduan berblogging,panduan ppc atau panduan affiliate serta ebook panduan lain yang boleh hasilkan jualan.