InstaForex

Tuesday, September 27, 2011

HotSpotShield Tak Boleh Uninstall?

Bagaimana Untuk Uninstall HOTSPOT SHIELD?

Kadang kadang memang menjadi masalah besar bagi mereka yang dah install hotspot shield tapi tak boleh nak uninstall semula.Kadang kadang juga masalah ini boleh membuatkan PC anda mempunyai masalah lain di masa akan datang,internet menjadi lebih slow,performance pc kurang lancar dan pelbagai lagi masalah.

Ramai dah tercari cari cara bagaimana untuk uninstall hotspot shield ini dan biasanya teknik yang anda jumpa di forum forum biasanya tidak sesuai bagi mereka yang newbie dalam hal hal pasal komputer ini.

Kali ini illyz nak ajar cara untuk uninstall Hotspot Shield ini. ( sesuai untuk semua )

Anda hanya perlukan 2 benda sahaja iaitu ( kedua duanya free dan bebas virus ) :-
1) Iobit uninstaller - http://www.iobit.com/advanceduninstaller.html
2) Unlocker - http://www.filehippo.com/download_unlocker/

Langkah Pertama :-
Run Iobit uninstaller,cari Hotspot shield,dan pilih "Force Uninstall" ( bagi sesetengah PC ,jika anda mengalami masalah Error Biru keluar ,pilih "Uninstall" sahaja )

Jika anda pilih "force uninstall",anda akan dapat tab baru dimana anda perlu browse file yang ingin di uninstall.Jika tidak tahu,cari sahaja shorcut ke hotspot shield tersebut.



Langkah Kedua :-
Selepas selesai Uninstall,pastikan anda pilih "powerful scan" dan kemudian pilih "select all" dan pilih "delete"


Langkah Ketiga :-
Install Unlocker,Kemudian cari folder Hotspot Shield tadi dan right click,pilih unlocker.

Kemudian anda pilih delete dan tekan Ok.

Kemudian selesai.Teknik uninstall ini juga boleh digunakan untuk uninstall folder yang degil dan file atau application yang mempunyai masalah.Jika tutorial ini membantu,anda boleh sharekan kepada rakan rakan anda,tetapi jangan lupa bagi credit kat blogillyz ok?