InstaForex
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Tuesday, April 24, 2018

10 Perang Tersingkat Dalam Sejarah Sepanjang Zaman

10 Perang Tersingkat Sepanjang Zaman


Perang merupakan perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama umat, merosakkan sosial dan memusnahkan ekonomi. Peperangan merupakan hal yang tidak diinginkan oleh setiap umat dan merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan. Ketiadaan perang membawa kepada keamanan.

Satu tanggapan biasa peperangan ialah suatu siri kempen tentera antara sekurang-kurangnya dua belah pihak yang melibatkan satu pertikaian mengenai kedaulatan, kawasan, sumber, agama atau banyak lagi isu-isu lain. Suatu peperangan untuk mendapat kemerdekaan dari penjajahan kadang kala dipanggil sebagai satu "peperangan pembebasan", sementara suatu peperangan dalaman bagi negeri yang sama dipanggil "perang saudara".Perang terdahsyat dalam sejarah, daripada segi jumlah kematian, ialah Perang Dunia Kedua, dengan 60–85 juta orang maut, diikuti penaklukan Mongol.Dan berikut adalah perang yang paling singkat dalam sejarah perang sepanjang zaman

Perang Anglo - Zanzibar ( 45 Minit ) ( Tahun 1896 )

Perang yang direkodkan paling cepat dalam sejarah perang diantara Kesultanan Zanzibar Dan United Kingdom.Peperangan yang bermula pada 27 ogos 1896 antara kedua belah pihak ini hanya bertahan selama 45 minit dimana kemenangan mutlak kepada pihak United Kingdom.

Perang 6 Hari ( 6 day Wars ) ( Tahun 1967 )

Juga dikenali sebagai June Wars , 1967 Arab-Israeli War, dan Third Arab–Israeli War dan boleh dianggap sebagai kemenangan berat sebelah dimana pihak Israel menang dalam perang 6 hari.Perang ini berlangsung selama 132 jam dan 30 minit.

Perang India - Pakistan ( 13 Hari ) ( Tahun 1971 )

Perang antara Negara India Dan Pakistan yang berlaku pada Ogos 1971 yang mana juga dikenali sebagai "Perang Kemerdekaan Bangladesh".Peperangan yang berlaku antara kedua negara ini menjadikan wilayah yang menjadi rebutan kepada 2 negara ini merdeka dan dikenali sebagai negara Bangladesh masa kini.

Perang Serbia - Bulgaria ( 14 Hari ) ( Tahun 1885 )

Perang Serbo-Bulgarian War Atau Perang Serbia-Bulgaria ini hanya bertahan selama 14 hari yang bermula pada 14 November 1885 ( Kalendar Lama 2 November 1885 ) sehingga 28 november 1885 ( Kalendar Lama 16 November 1885 ) dan kemenangan kepada pihak Bulgaria.Perjanjian damai antara kedua pihak ini tecapai pada 3 mac 1886 ( Kalendar Lama 19 febuari 1886 ) Di Bucharest.

*Pengiraan Jumlah Hari Pada Kalendar Lama Berbeza Dengan Pengiraan Hari Kalendar Baru Yang Kita Gunakan Sekarang

Perang Armenia-Georgia ( 24 hari ) ( Tahun 1918 )

Perang yang bermula pada Disember 1918 diantara Armenia dan Georgia ini hanya bertahan selama 24 hari.Hasil daripada peperangan ini "tidak meyakinkan" dimana tiada maklumat penuh tentang pihak mana yang memenangi peperangan ini.

Perang Sino-Vietnam ( 27 Hari )  ( Tahun 1979 )


Perang Sino - Vietnam ini juga dikenali sebagai " Third Indochina War " bermula pada awal 1979.Perang berlaku diantara China dan Vietnam ini hanya bertahan selama 27 hari.Kedua dua belah Pihak mengaku memenangi perang ini.

Perang Greco-Turkish ( Yunani - Turki ) ( 30 hari ) ( Tahun 1897 )

Perang diantara Greece dan Ottoman ( Sekarang dikenali sebagai Turkey ) yang juga dikenali sebagai Mauro '97 di greece  berlaku pada 18 april 1897 sehingga 20 mei 1897 dimana kemenangan dari segi ketenteraan adalah kepada pihak Turkey manakala kemenangan dari segi diplomatik kepada Greece.

Perang Balkan kedua ( 32 Hari ) ( Tahun 1913 )

Konflik perang yang berlaku pada 29 jun 1913 ( Kalendar Lama 16 Jun 1913 ) Yang juga dikenali sebagai second balkan war bermula apabila Bulgaria yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan hasil daripada perang balkan yang pertama menyerang kedua "Allies" atau "Pakatan" ,iaitu Serbia dan Greece,Turut telibat sama dalam perang ini ( dimana menyebelahi negara Serbia dan Greece ) adalah Ottoman ( Turkey ) dan Romania.Perang yang berlangsung selama 32 hari ini menyebabkan pihak Bulgaria kalah.

Perang  Polandia-Lituania ( 37 Hari ) ( Tahun 1920 )

Juga dikenali sebagai Polish–Lithuanian War yang bermula pada September 1920 sehingga november 1920 membawa kepada kemenangan pihak Poland ( Juga dikenali sebagai polish atau polandia )

Perang  Falklands (  Falklands War ) 73 Hari ( Tahun 1982 )

Juga dikenali sebagai Falklands Conflict, Falklands Crisis, South Atlantic Conflict atau Guerra del Atlántico Sur,Merupakan perang yang terjadi diantara pihak United Kingdom ( British ) dan Pihak Argentina yang bermula pada 2 april 1982 sehingga 14 jun 1982 ( 73 hari ).Keputusan daripada peperangan ini membawa kepada Kemenangan Pihak British ( United Kingdom ) keatas pihak argentina.





Monday, February 12, 2018

M2M - Pop Duo Dari Norway


M2M ( Band ) Norwegian Pop Music Duo


Bagi yang sudah remaja pada tahun 2000 semestinya akan ingat kumpulan pop duo M2M dari NORWAY ini,popular dengan lagu "Dont Say You Love Me" , "Pretty Boy" , "Mirror Mirror".Lagu Lagu Hits M2M pada masa itu dimainkan di Televisyen dan Radio.M2M terdiri daripada 2 artis Norway ( Yang merupakan sahabat baik sejak berumur 5 Tahun ) Marit Larsen dan Marion Raven

Kumpulan ini telah berpecah setahun selepas album "The Big Room ( 2002 )" kurang mendapat sambutan dan boleh dianggap sebagai "gagal".Album "The Day You Went Away: The Best of M2M (2003)" dilancarkan selepas kumpulan duo ini berpecah

Marit Larsen ( Tahun 2000 )



Nama sebenar : Marit Elisabeth Larsen dan lahir pada 1 Julai 1983 ,Penyanyi dan juga penulis lirik dari Norway.Meneruskan karrier sebagai solo selepas berpecah dari kumpulan M2M dan melancarkan solo debut album "Under the Surface ( 2006 )" Album "The Chase (2008)" ,Album "Spark ( 2011 ) dan Album "When the Morning Comes ( 2014 )".

Gambar Marit Larsen terkini



Marion Raven ( Tahun 2000 )



Nama Sebenar : Marion Elise Ravn Lahir pada 25 Mei 1984 merupakan penyanyi dan juga penulis lirik dari Norway.Seperti rakanya Marit Larsen,Marion Raven juga meneruskan karyanya sebagai artis solo dan melancarkan debut solo album " Here I Am ( 2005 ),Album "Set Me Free ( 2012 )".Marion Raven juga menulis lirik untuk artis lain seperti Pixie Lott.

Gambar Marion Raven terkini

M2M - Pretty Boy Official Music Video ( MV )


Tuesday, April 12, 2016

Mitos China Vs Mitos Pribumi Nusantara

mitos

Mitos China Vs Mitos Pribumi Nusantara

Hari ini update mengenai Mitos China berbanding mitos pribumi nusantara satu masa dulu

Maksud Mitos : mitos atau mite meadalah cerita prosa rakyat yang menceritakan kisah berlatar masa lampau, mengandung penafsiran tentang alam semesta dan keberadaan makhluk di dalamnya, serta dianggap benar-benar terjadi oleh yang empunya cerita atau penganutnya.

Mitos Kewujudan Alam Semesta

Di China, dipercayai bahawa dunia pada asalnya adalah berbentuk telur. Di dalam telur tersebut hanyalah segala campur-campuran dan kekaburan. Seorang tokoh yang bernama Pan-gu telah dilahirkan di antaranya. Pan-gu telah memecahkan kerangka telur mengakibatkan bahagian kerangka atas berkembang menjadi langit dan bahagian kerangka bawah telah menjadi bumi. Campuran yang terang dan ringan di dalam telur telah berkembang menjadi udara dan awam, manakala campuran yang berat jatuh ke bawah menjadi tanah. Pecahan-pecahan kerangka telur yang tercampur dengan campuran berat bertukar menjadi batu-batuan, manakala pecahan yang tercampur dengan campuran ringan bertukar menjadi bintang. Dua pecahan kerangkan telur yang besar pula bertukar menjadi matahari dan bulan. Sejak itu, terwujudnya langit dan bumi, pagi dan malam. Selepas Pan-gu mati, badannya bertukar menjadi gunung Kunlun dan rohnya menjadi dewa petir. (TaoYang & Zhong Xiu, 1990:1)

Terdapat juga cerita yang mengatakan bahawa selepas Pan-gu mati, matanya bertukar menjadi matahari dan bulan; rambut dan jangutnya bertukar menjadi bintang; nafas dari mulutnya menjadi angin dan awan; bunyinya menjadi petir, darahnya menjadi sungai dan sebagainya. Roh dan semangat Pan-gu pula melahirkan manusia serta segala haiwan, burung dan serangga di dunia. Dengan itu, maka wujudnya dunia sekarang. (TaoYang & Zhong Xiu, 1990: 8-10)

Sekiranya ditinjau dari pandangan orang asli atau penduduk asli di kepulauan Nusantara, kita dapat meneliti sedikit sebanyak tentang asas kosmologi Tamadun Nusantara. Misalya menerusi mitos orang Iban, mereka percaya dunia dan manusia sekarang
adalah dicipta oleh dua ekor burung dewa yang bernama Ara dan Irik. Pada masa dahulu, berlaku kebanjiran yang besar di alam dunia, Ara dan Irik telah mengeluarkan dua bentuk pepejal telur dari kebanjiran tersebut dan menukarkan mereka kepada langit dan tanah. Ara dan Irk kemudiannya menciptakan gunung,-ganang, sawah padi, sungai dan tanah pamah. (Ling Ching Ching, 2005: 117-118)

Selain daripada mitos tersebut di atas, terdapat versi lain yang popular di kalangan orang Iban. Orang Iban juga percayai bahawa dunia ini dicipta oleh Raja Entala dan isterinya. Mereka menggunakan kotoran badan mereka untuk menciptakan langit dan bumi. Disebabkan bumi lebih besar daripada langit, Raja Entala terpaksa memampatnya menyesuaikan langit. Akibatnya, wujudlah gunung, bukit, lembah, sungai dan pamah. Kemudian tertumbuhnya paku pakis, pokok, bunga dan rumput. (Ling Ching Ching, 2005:118)
Bagi orang semai pula, mereka percaya bahawa dunia ini dicipta oleh Tak Pedn dan Enku. Dunia terdiri daripada tujuh lapisan bumi dan tujuh lapisan langit yang masing-masing ditinggal oleh mahluk sakti yang baik dan jahat.

Begitu juga di Indonesia, misalnya di daerah Batak Toba terdapat mitos yang mengisahkan penciptaan bumi, matahari bulan dan manusia oleh Raja Odap-Odap dan Boru Deak Parujar. Di daerah Sikka pula terdapat mitos yang mengkaitkan perkahwinan Lero Wulang dan Ni ang Tana dengan kelahiran dunia kini. (Abdul Rahman Abdullah, 1999: 12-13).

Mitos Kewujudan Manusia

Selain memberi penjelasan terhadap punca kewujudan alam semesta serta fenomena alam semulajadi, mitos tamadun Cina turut membekalkan penjelasan terhadap kewujudan manusia di dunia. Terdapat banyak mitos yang mencerita tentang kewujudan manusia. Kandungan mitos tersebut juga adalah berbeza-beza mengikut bangsa masing-masing.

Namun di antaranya, mitos yang paling popular ditemurunkan adalah mitos N wa mencipta manusia. N wa dikatakan ialah seorang dewi berbadan ular tetapi berkepala manusia. Selepas Pan-gu mencipta dunia, N wa merasakan masih terdapat kekurangan di dalam dunia tersebut. Oleh itu, N wa menggunakan tanah liat dari Sungai Kuning untuk mencipta patung manusia. Dengan bantuan kuasa saktinya, N wa berjaya mengibaskan mereka kepada manusia yang hidup. (TaoYang & Zhong Xiu, 1990: 30, 126-130; Wikipedia, 2009a, 2009b)

Merujuk kepada contoh mitos orang Iban, terdapat beberapa versi tentang kewujudan manusia. orang Iban percaya bahawa burung dewa Ara dan Irik telah mencipta dua orang manusia (lelaki dan perempuan) daripada tanah liat. Oleh itu, kedua-dua orang manusia tersebut ialah nenek moyang manusia. Selain itu, juga dipercayai bahawa manusia adalah dicipta oleh Raja Entala dan isterinya. Selepas mencipta dunia, Raja Entala dan isterinya ingin mencipta manusia supaya menguasai dunia tersebut, maka mereka menggunakan pokok pisang sebagai bentuk manusia, dan bendalir pokok pala yang berwarna merah sebagai darah manusia. (Ling Ching Ching, 2005: 118)

Kaum Dayak pula percaya bahawa nenek moyang manusia wujud daripada mulut burung enggang. Burung enggang adalah jelmaan dewa Mahadallah dan isterinya dewi Putir yang dipercaya menciptakan dunia sekarang. (Ling Ching Ching, 2005: 119-120)
Selain itu, Bagi orang Dusun, mereka percayai bahawa manusia adalah dicipta oleh inaringan dan Munsumundok. (Yap Beng Liang, 1985: 79)



Namun begitu yang mitos hanya mitos ( dongeng ),jangan pula kita percaya bulat bulat ini kerana kita mempunyai agama yang masing masing kita anuti,oleh itu percayalah kepada Tuhan