InstaForex

Friday, April 27, 2012

Info Menarik : Pokok Paling Tertua Di Dunia

Pokok yang paling tertua di dunia?

Kali ini illyz nak posting tentang pokok pokok yang paling tertua di dunia.Gambar di atas merupakan pokok "methuselah" dimana ianya antara paling tua dalam jenisnya.Apa apa pun jom lihat info yang di kongsikan di bawah.Terima kasih Sumber untuk gambar dan idea.

Pando Tree


Jika menurut sumber ( wikipedia ) pokok yang paling tua adalah pokok pando.Walaupun kelihatan banyak,tetapi mempunyai satu sistem akar bawah tanah yang sama dan dipercayai berusia lebih 80,000 tahun.Pokok pando ditemui di Utah,Amerika Syarikat.

Old Tjikko Tree

Pokok Norway spruce purba ini,mempunyai ketinggian setinggi 16 kaki,dan berumur lebih 9550 tahun.Kalau mengikut sumber,pokok Old Tjikko merupakan antara yang tertua dari segi individual tree.Pernah tumbuh semasa zaman ais.Terletak di Fulufjället Mountain of Dalarna,Sweden.

Methuselah Tree

Methuselah, pokok Great Basin Bristlecone Pine atau Pinus longaeva (pain kon-berbulu Great Basin) yang berusia 4,843 tahun, terletak di White Mountains, Inyo County, California. Sebelum ini terdapat sebatang pokok yang lebih tua di sana yang bernama Prometheus tetapi ia telah ditebang sekitar tahun 1964, disebabkan oleh kemerosotan yang teruk.

Sarv-e Abarqu / Abarkooh tree

Sarv - E - Abarqu juga di panggil sebagai Zoroastrian Sarv,adalah pokok cypress yang terletak di abarkuh,Yzad, Iran.Ianya juga merupakan monumen Negara Iran yang menjadi tarikan utama pelancong.Mempunyai ketinggian 25 meter,berusia 4,000 tahun dan merupakan pokok tertua di asia.

Llangernyw Tree

Llangernyw Tree,berusia lebih 3,000 tahun dan berada di kawasan Gereja di Abergele dan Llanrwst.

El Tata Alerce Tree

El Tata Alerce Tree,antara salah satu daripada pokok yang tertua,berusia lebih 3,800 tahun,ianya terletak di Puerto Montt, Chile.

The Senator Tree

The Senator Tree,terletak di Big Tree Park,Longwood,Florida.Dianggap Pokok Cypress Bald Terbesar Di Amerika Syarikat,berusia lebih daripada 3,400 tahun.

General Sherman Tree

General Sherman Tree berusia lebih daripada 2,700 tahun dan dipercayai pokok individu paling tinggi di dunia,Mempunyai ketinggian 83.8 meter ( 275 kaki ),terletak di Giant Forest of Sequoia National Park di Tulare County, California

Patriach Tree

Patriarch @ Cariniana legalis adalah salah satu pokok yang terbesar di Hutan Atlantik. Ianya dijangka berusia 3,000 tahun.

Te Matua Ngahere tree

Pokok Te Matua Ngahere ini terletak di Wilayah Northlang di New Zealand.Pokok ini Berusia 2,000 Tahun.

Jardine Juniper Tree

Pokok Jardine Juniper terletak di Logan Canyon,Utah.Berusia lebih 1500 tahun.

Kongeegen Tree

Kongeegen adalah pokok Oak terbesar dan terletak di Jægerspris town,Denmark.Pokok ini dianggar berusia lebih 2,000 Tahun.

Jomon Sugi Tree

Jōmon Sugi adalah pokok cemara tertua dan terbesar di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 83 kaki dengan ukurlilit 53 kaki, dianggarkan usianya antara 2,000 – 7,200 tahun. Terletak di dalam hutan berkabus di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun, 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima.
Sumber : Google,Wikipedia dan PlannetOdity.

No comments: