InstaForex
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Toyger - Kucing Kacukan Harimau

Kucing Kacukan Harimau- Toyger

Mahukah anda membeli kucing yang seakan akan harimau? illyz jumpa info ini semasa sedang melayari laman web National Geographic.Mari baca info lanjut mengenai "toyger" ini

Toygers telah berdaftar dengan International Cat Association (TICA) sejak tahun 1993 ( sumber National Geographic ),dan merupakan kucing yang dikacukkan dengan harimau melalui hasil kajian kacukan oleh Judy Sudgen,EEYAAS Cattery di United States pada tahun 1980 ( sumber wikipedia ) 

Khabarnya,toygers ini dihasilkan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai supaya membantu haiwan yang kian pupus iaitu harimau.

Rasanya baka kucing harimau A.K.A Toygers ini belum dipasarkan di Malaysia, harga untuk baka jenis toygers ini sekitar USD1500 - USD3000 atau lebih.





sumber :
http://news.nationalgeographic.com/news/2007/03/photogalleries/cats-toygers/index.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Toyger
http://www.youtube.com/watch?v=EGfftjzoveo