InstaForex
Showing posts with label Victoria's RifleBird. Show all posts
Showing posts with label Victoria's RifleBird. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Info Mengenai Victoria’s Riflebird ( Bird of Paradise )

RifleBird - Bird Of Paradise

Kali ini illyz ingin kongsi sedikit mengenai info baru ( bagi illyz ) yang menarik minat illyz.Walaupun secara terus terang illyz hanya membuat sedikit kajian mengenai burung jenis "Victoria’s Riflebird" diharapkan sedikit sebanyak info ini dapat memuaskan para pembaca yang berminat mengenai burung.

Burung ini agak unik.Bila illyz tengok video mengenai burung ini di youtube,illyz tertarik dengan cara,warna,kelebihan,kelakuan dan pelbagai jenis kelebihan yang ada pada burung ini.

Victoria's Riflebird ( Ptiloris victoriae ) juga dikenali dengan nama DUWU DUWU oleh orang asli tempatan salah satu daripada spesis "Bird Of Paradise" adalah burung yang paling kecil tergolong dalam spesis ini.berukuran 23cm - 25cm.Yang jantan,mempunyai warna warni berkemilauan ungu di bahagian badan,biru di bahagian kepala dan berwarna gangsa di bahagian dada.Dibahagian tekak biasanya berwarna hitam,sedikit warna hijau metalic,dan sedikit warna biru berbentuk segitiga

Bagi yang betina pula,kening pucat,dan biasanya di bahagian bawah kepak mempunyai warna coklat.

Burung ini biasanya memakan serangga dan buah buahan.

Spesis burung ini ditemui oleh John Macgillivray untuk John Gould pada tahun 1848,dan menamakan burung ini sempena nama Queen Victoria of the United Kingdom.

Victoria RifleBird Yang Betina
Victoria RifleBird Yang Jantan
Cara Unik Bagaimana Si Jantan Mengurat Si Betina
 
Lagi video

Harap sedikit sebanyak info menarik mengenai Riflebird ini memuaskan pembaca.Terima kasih kepada sumber sumber dibawah

Sumber ( Source )
http://youtube.com
http://wikipedia.com
http://google.com