InstaForex
Showing posts with label Sejarah Awal "SELFIE". Show all posts
Showing posts with label Sejarah Awal "SELFIE". Show all posts

Friday, May 30, 2014

Sejarah Awal "SELFIE"

Sejarah Awal "Selfie"

Selfie merupakan antara budaya paling digemari oleh ramai remaja masa kini dilaman sosial. Di Malaysia boleh dikatakan 80 peratus remaja menggemari untuk ber “selfie” tanpa mereka sedari

Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, like dan sebagainya.

Tapi hari ini illyz bukan nak berkongsi maksud selfie tetapi sejarah awal gambar selfie ini.

Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas sebuah bumbung bangunan di New York.

Joe Byron merupakan pemilik syarikat Byron telah merakam gambar itu bersama empat rakannya iaitu Pirie MacDonald , Kolonel Marceau , Pop Teras dan Ben Falk. Mereka berempat merupakan pasukan jurugambar di Manhattan yang telah merakam ratusan ribu gambar.

Gambar selfie kumpulan jurugambar itu telah ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk tatapan orang ramai. Menerusi gambar itu juga, Joe dikesan sebagai jurugambar pertama yang telah merakamkan gambar sendiri yang kini menjadi satu kegilaan di kalangan pemilik akaun sosial Instagram.

Bagaimanapun terdapat sumber yang percaya bahawa gambar selfie pertama dirakam pada tahun 1839 oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius.

Pada masa kini terdapat pelbagai gambar selfie yang menarik telah dirakam di seluruh dunia, gambar gambar selfie ini boleh dilihat banyak di laman sosial seperti Facebook, instrgram dan lain lain laman sosial.
 
contoh gambar selfie ( Sumber Google )
 
diharapkan info kali ini berguna kepada semua pembaca blogillyz.