7 destinasi pelancongan menakjubkan
Dah lama illyz tak posting kat blog ni.Tapi hari ini illyz nak share info menarik tentang 7 destinasi pelancongan menakjubkan di dunia.ada beberapa tempat yang ditunjukkan di post kali ini pernah illyz post kat blog ini tapi sebagai info lain.Tak sangka kali ini tempat tempat ini juga akan masuk dalam listing kali ini.Inilah 7 destinasi pelancongan menakjubkan yang perlu anda ketahui, anda hanya perlu perhatikan!
Terokai ke dalam gua nymphs dan terpesona oleh warna indah hijau, biru dan biru gemerlapan di nymphs Cave.Anda pasti akan terpesona dengan kecantikan dan keindahan gua ini apabila anda berpeluang untuk ke tempat ini
Anda pasti kagum memandang megah pagoda di bawah anda dari bahagian atas Lawkaoushaung Temple di Bagan dan melihat pemandangan belon udara panas terapung semasa musim panas.
Pastinya bila anda ke Victoria Falls, salah satu air terjun terbesar dan termegah di dunia,pastinya anda akan melihat pemandangan moonbows menakjubkan dari tebing Zambezi di Tongabezi.Kalau Gayat atau takut tinggi jangan pergi..haha
Anda pasti tidak percaya,gambar di atas adalah gambar di dalam sebuah gua yang bernama Waitomo Cave.Yang menariknya,cahaya yang cantik ini dipancarkan oleh GlowWorm,salah satu serangga ( kalau tak silap ) yang cukup unik.Pastinya penduduk di Waitomo,New Zealand beruntung dapat melihat suasana cantik dan indah di Waitomo Cave sekurang kurangnya setahun sekali.
Yuanyang Rice Paddies,Honghe,Yunnan,China..Gambar diatas adalah gambar susunan kolam padi di yuanyang dan ianya diambil sewaktu senja.sangat cantik bukan?Tarik nafas dalam dalam untuk salah satu pemandangan yang paling nyata di bumi
Kalau illy tak silap,illy pernah post mengenai tempat ini disalah satu post illyz.Jika anda fikirkan masa depan untuk anak-anak, fikirkan sekali lagi untuk mencuba! Tanpa ciri-ciri keselamatan,Swing At The End Of The World yang tergantung di rumah pokok La Casa Del Arbol yang tergantung 2,660 meter di atas paras laut mungkin akan menjadi percubaan paling berani dalam hidup anda.Terletak di BaƱos, Ecuador tempat ini juga popular sebagai "viewing spot" untuk pelancong yang datang.
Grand Prismatic Spring, di yellowstone national park adalah kolam air panas terbesar di USA dan ketiga terbesar di dunia.Salah satu tempat yang menarik yang mungkin anda ingin cuba pergi?Anda pasti akan kagum melihat kecantikan tempat ini.
No comments:
Post a Comment