BLOG ILLYZ - Cerita Tips Panduan Freebies

Blog Illyz
Adalah Dofollow blog yang menyediakan pelbagai cerita menarik,tips,panduan,freebies dan pelbagai lagi,kepada semua yang suka komen di blog,tolong jangan buat komen spam okay? Follow blog illyz jika anda suka cerita,tips dan panduan yang disediakan ^^

Friday, April 27, 2012

Info Menarik : Pokok Paling Tertua Di Dunia

Pokok yang paling tertua di dunia?

Kali ini illyz nak posting tentang pokok pokok yang paling tertua di dunia.Gambar di atas merupakan pokok "methuselah" dimana ianya antara paling tua dalam jenisnya.Apa apa pun jom lihat info yang di kongsikan di bawah.Terima kasih Sumber untuk gambar dan idea.

Pando Tree


Jika menurut sumber ( wikipedia ) pokok yang paling tua adalah pokok pando.Walaupun kelihatan banyak,tetapi mempunyai satu sistem akar bawah tanah yang sama dan dipercayai berusia lebih 80,000 tahun.Pokok pando ditemui di Utah,Amerika Syarikat.

Old Tjikko Tree

Pokok Norway spruce purba ini,mempunyai ketinggian setinggi 16 kaki,dan berumur lebih 9550 tahun.Kalau mengikut sumber,pokok Old Tjikko merupakan antara yang tertua dari segi individual tree.Pernah tumbuh semasa zaman ais.Terletak di Fulufjället Mountain of Dalarna,Sweden.

Methuselah Tree

Methuselah, pokok Great Basin Bristlecone Pine atau Pinus longaeva (pain kon-berbulu Great Basin) yang berusia 4,843 tahun, terletak di White Mountains, Inyo County, California. Sebelum ini terdapat sebatang pokok yang lebih tua di sana yang bernama Prometheus tetapi ia telah ditebang sekitar tahun 1964, disebabkan oleh kemerosotan yang teruk.

Sarv-e Abarqu / Abarkooh tree

Sarv - E - Abarqu juga di panggil sebagai Zoroastrian Sarv,adalah pokok cypress yang terletak di abarkuh,Yzad, Iran.Ianya juga merupakan monumen Negara Iran yang menjadi tarikan utama pelancong.Mempunyai ketinggian 25 meter,berusia 4,000 tahun dan merupakan pokok tertua di asia.

Llangernyw Tree

Llangernyw Tree,berusia lebih 3,000 tahun dan berada di kawasan Gereja di Abergele dan Llanrwst.

El Tata Alerce Tree

El Tata Alerce Tree,antara salah satu daripada pokok yang tertua,berusia lebih 3,800 tahun,ianya terletak di Puerto Montt, Chile.

The Senator Tree

The Senator Tree,terletak di Big Tree Park,Longwood,Florida.Dianggap Pokok Cypress Bald Terbesar Di Amerika Syarikat,berusia lebih daripada 3,400 tahun.

General Sherman Tree

General Sherman Tree berusia lebih daripada 2,700 tahun dan dipercayai pokok individu paling tinggi di dunia,Mempunyai ketinggian 83.8 meter ( 275 kaki ),terletak di Giant Forest of Sequoia National Park di Tulare County, California

Patriach Tree

Patriarch @ Cariniana legalis adalah salah satu pokok yang terbesar di Hutan Atlantik. Ianya dijangka berusia 3,000 tahun.

Te Matua Ngahere tree

Pokok Te Matua Ngahere ini terletak di Wilayah Northlang di New Zealand.Pokok ini Berusia 2,000 Tahun.

Jardine Juniper Tree

Pokok Jardine Juniper terletak di Logan Canyon,Utah.Berusia lebih 1500 tahun.

Kongeegen Tree

Kongeegen adalah pokok Oak terbesar dan terletak di Jægerspris town,Denmark.Pokok ini dianggar berusia lebih 2,000 Tahun.

Jomon Sugi Tree

Jōmon Sugi adalah pokok cemara tertua dan terbesar di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 83 kaki dengan ukurlilit 53 kaki, dianggarkan usianya antara 2,000 – 7,200 tahun. Terletak di dalam hutan berkabus di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun, 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima.
Sumber : Google,Wikipedia dan PlannetOdity.

Thursday, April 26, 2012

Hasil Seni Lukisan Atau Makanan? Jom Lihat

tjalf sparnaay' /></a></div><h3 style=

Lukisan makanan yang seakan akan sebenar daripada Tjlaf Sparnay

Gambar di atas merupakan gambar Tjalf Sparnaay,seorang pelukis yang hebat.Hasil seni lukisan yang selalu dihasilkan oleh beliau adalah makanan.Memang menakjubkan memandangkan kesemua lukisan yang dihasilkan oleh beliau nampak "real" dan serupa dengan makanan.Yang lebih menakjubkan lagi,setiap lukisan yang di hasilkan berharga di antara 10,000 - 45,000 Euro.Tak percaya? Lihat gambar hasil seni yang dihasilkan oleh "Tjalf Sparnaay"


Jika anda rasa ragu ragu bolehlah layari laman web si pelukis tersebut di www.tjalfsparnaay.nl
Terima kasih Pak Cik Google untuk sumber gambar.Terima kasih Funzter untuk idea.

Antara Makhluk Yang Sangat Menakutkan

Antara Jenis Jenis Makhluk Menakutkan Yang Sebenar

Ada antara gambar gambar di bawah tidak sesuai untuk dilihat pada waktu malam ( bagi mereka yang lemah semangat dan takut ).Juga TIDAK SESUAI BAGI PEREMPUAN YANG MENGANDUNG!,Gambar gambar yang di paparkan bukan milik blogillyz.Terima kasih kepada sumber kerana memberi kebenaran untuk share info yang menarik ini. ( sumber blog : Thelisticle )

Dover Demon

Percaya atau tidak,makluk ini pernah di lihat 2 kali di bandar Dover,Massachusetts,diantara 20hb april dan 22hb april 1977.Tidak dapat di pastikan sama ada ianya "makhluk","setan" atau "makhluk asing".Menurut sumber,makluk ini belum pernah ada kes yang melibatkan pembunuhan manusia.

Jersey Devil

Anda boleh agak dari mana makhluk jenis ini berasal hanya dengan melihat namanya sahaja,Menurut sumber dan cerita,makluk ini dijumpai secara tidak sengaja pada awal 1800an.Menurut cerita lagi,makhluk jenis ini dikatakan boleh terbang,mempunyai sayap belakang seperti kelawar,dengan kepala seakan akan kuda,dan mempunyai kuku.Makhluk jenis ini dilaporkan telah banyak membunuh haiwan ternakan seperti kambing dan lembu.

OwlMan

Laporan awal penemuan "owlman" adalah pada 1976.Makluk tersebut dilihat terbang ke Gereja Mawnan pada awal 1976 - 1978.Owlman hanya dilaporkan dilihat terbang disekitar gereja sahaja.Kelihatan seperti burung hantu,saiz seorang lelaki dewasa,mempunyai telinga dan bermata merah.
( gambar mawnan church bolehlah di search di google )

Canvey Island Monster

Gambar di atas adalah bangkai makhluk yang dilihat di pantai canvey island di England.Cerita ini bermula sejak tahun 1954.Bangkai lain di temui sekitar 1955.Panjang Makhluk ini adalah 76cm,kulit perang kemerahan dan mata membonjol.Dikatakan makhluk ini mempunyai kaki berbentuk kasut kuda dengan lima jari dan tidak mempunyai tangan.Dikatakan makhluk ini tidak berbahaya kepada manusia.Manakala Bangkai kedua yang dijumpai serupa dan mempunyai kepanjangan 120cm


Goatman

Makhluk ini mempunyai ciri ciri manusia dan kambing.Ianya bertanduk seperti kambing.Pemerhatian awal makhluk ini dilihat pada awal 1957 dikawasan forestville dan upper marlboro di daerah Prince George.Ianya juga dilihat sekitar tahun 1962.Dengar cerita,makhluk jenis ini akan memotong mangsa dengan kapak besar.Bunyi yang dikeluarkan ketika makhluk ini memotong mangsanya dengan kapak juga menyeramkan.

Kalau menurut sumber lain pula,Di kalimantan Barat,makhluk jenis ini di panggil "Hantu Kambe".

Wednesday, April 25, 2012

Gambar Menarik : 10 lubang terbesar di dunia

lubang besar

10 Gambar menarik mengenai lubang paling besar di dunia

Salam kepada semua pembaca dan pelawat blog illyz.Idea untuk posting kali ini illyz jumpa semasa buat searching di internet,dan illyz rasa dah ramai blogger posting pasal benda benda seperti ini.Apa apa pun,selamat melihat gambar yang illyz postkan di blog ini.Ada antara lubang lubang /hole yang dipaparkan ini semulajadi dan ada antaranya dibuat oleh manusia.

Mirny Diamond Hole ( Siberia )

Great Blue Hall ( Belize )

Burning Gates Of Turkmenistan

Kimberley Big Hole( South Africa )

Bingham Canyon Mine Hall ( Utah )

Glory Hole in Monticello Dam ( California )

Diavik Diamond Mine ( Canada )

Guatemala Sinkhole

Chuquicamata Copper Mine ( Chile )

Udachnaya Pipe ( Russia )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
dreamhost bloghints Top Personal Page Ranking Tool Blog Directory blog search directory Blogged.my Free Auto Backlink Exchange Service Free Automatic Link Free Auto Backlinks From 1Malaysia backlink Free Automatic Link submit blog Entertainment Blogs Blog Directory Web Directory TopOfBlogs Blog,illyz,cerita,menarik,panduan,tips,freebies free automated linkback
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review