InstaForex

Wednesday, July 27, 2011

Apa itu Dofollow dan Nofollow

Dofollow dan Nofollow?


Dofollow dan nofollow adalah satu perkara yang cukup menarik kepada blogger dan juga webmaster.Hampir kesemua blog mengunakan default setting iaitu "nofollow" dimana kesemua link di pages dan juga komen tidak difollow oleh google dan search engine lain.Google mengunakan setting default nofollow kepada blogger untuk mengelakkan daripada spam link.

Dofollow = Google bukan sekadar index page anda,malah follow semua link yang ada di blog
Nofollow = Google hanya index page,tetapi tidak follow link yang ada di blog anda

Mengapa dofollow ini penting?


Ramai blogger dan webmaster mahu "increase" atau menaikkan Google Page Rank ( PR ),dan ini penting untuk mendapatkan ranking tinggi di carian search engine.Salah satu cara untuk mendapatkan High PR di search engine adalah dengan mendapatkan link daripada blog dan website lain ke blog atau website anda. Jika link link yang anda dapatkan ke blog anda ini "nofollow" google tidak akan mengira link ini dan menganggap link ini sebagai "worthless" untuk search engine ranking anda.

Bagaimana Dofollow ini berfungsi?

Sekarang ni illyz ambil contoh melalui blog illyz.Anda komen ke blog illyz dimana blogillyz merupakan jenis dofollow.Jika anda meletakkan komen ( Nama dan Url ) dan komen ke blog illyz.Secara tidak langsung blog atau website anda mendapat linkback daripada semua posting illyz walaupun anda cuma letak 1 komen sahaja.Jika illyz posting lebih daripada 100,maka blog atau website anda mendapat lebih 100 linkback hanya daripada blog illyz.Bagaimana jika anda komen ke lebih 100 blog menarik dan setiap blog tersebut mempunyai lebih daripada 100 posting?

Tapi harus juga di ingatkan,komen haruslah sesuai dengan topik yang di perbincangkan.Illyz,sepertimana blogger blogger lain tidak suka dengan komen spam yang hanya masuk dan tinggalkan link sahaja.Kalau illyz jumpa komen seperti ini,illyz tak approve malah illyz delete daripada blog illyz dan secara tidak langsung,anda tidak akan dapat apa apa linkback daripada blog illyz.

Selain daripada itu,setiap kali illyz post apa apa link di posting illyz,secara tidak langsung,link tersebut juga mendapat linkback daripada blog illyz.

Mengapa Dofollow penting?

Dofollow penting bagi blog blog posting yang mempunyai link di setiap posting.Google bukan sekadar index page anda,malah follow setiap link yang anda post di posting blog atau website anda. Ini secara tidak langsung ,dapat menaikkan search engine ranking anda ( jika link yang anda post di posting adalah dofollow,maka peluang untuk ranking naik lebih tinggi )

Selain daripada itu,ramai blogger blogger mencari blog atau website yang "dofollow" dan komen untuk mendapatkan linkback.Dan ini juga peluang anda untuk mendapatkan lebih banyak traffic

Kesimpulannya,Dofollow ini penting bagi blog blog yang ingin menaikkan ranking search engine dengan mendapatkan linkback daripada blog blog yang dofollow :)

2 comments:

abdul jalil said...

Info berguna ni...thanks

KamilSalleh said...

Info yang menarik berkaitan nofollow dan dofollow. TQ