InstaForex

Thursday, July 21, 2011

Awas Scam ! - Fakta sebenar Login Facebook dapat Duit

Login Facebook Dapat Duit?

HARUS BACA

Betul ke login facebook boleh dapat duit sehingga RM 100 Sehari? Setiap kali login facebook atau sedang check check facebook anda,mungkin terjumpa post post seperti login facebook dapat duit dan bermacam lagi.Jangan mudah terpedaya dengan benda benda seperti ini kerana kebanyakkannya tidak lebih daripada scam sahaja.

Tahukah anda bahawa konsep login facebook dapat duit hanya untuk mengkaburi mata anda sahaja? Illyz jumpa artikel ini semasa illyz sedang melayari blog http://cdiqlife.com/dan terbaca artikel mengenai login facebook dapat duit yang scam ini.

Mengikut apa yang Penulis Blog Cdiqlife.com ini,konsep login facebook dapat duit ini sebenarnya :-

  • Anda cari orang atau downline anda dan anda dapat duit. Atau dengan kata lain konsep ‘headhunting’.
  • Bulan-bulan kena renew balik yuran pendaftaran sebanyak RM100. Tapi ada tricks untuk renew secara percuma tanpa membayar apa-apa kepada upline anda.
  • Sama macam konsep Myspacetunai.com yang pernah hangat sewaktu Myspace menjadi sosial network nombor 1 sebelum adanya Facebook.
  • Segala ebook, audio dan video yang ditawarkan adalah sekadar untuk mengaburi dan sebagai kekuatan untuk mengatakan ianya sebuah perniagaan internet yang sah walhal kalau dilihat secara telus, nampak sangat ianya adalah sebuah money-game.  
Fakta Penipuan yang harus anda baca dan tahu mengenai Konsep Login Facebook Dapat duit ini
1. Mengeksploitasi gambar orang atau gambar duit 
Gambar ini illyz ambil daripada google dengan hanya search image mengunakan keyword "duit"

Saya terkejut bila saya terjumpa dalam Facebook seseorang yang mempromosikan money-game ini dengan meletakkan gambar seorang IM yang sedang memegang duit. Sedangkan pada asalnya, gambar itu digunakan untuk tujuan lain. Namun, gambarnya telah dieksploitasi oleh individu-individu tertentu untuk mengaburi mata orang ramai bahawa mereka akan dihujani dengan Login Facebook Dapat RM100.

2. Mengatakan Login Facebook Dapat RM100 adalah sebuah perniagaan yang sah dengan konsep terkini

Saya amat-amat membantah perkara ini. Saya tidak bersetuju benda ini adalah 1 perniagaan kerana tidak melibatkan penjual-produk-pembeli. Yang ada hanyalah mereka yang penipu dan yang tertipu.

3. Indah khabar dari rupa
Sesiapa yang nak tau rahsia macam mana nak dapat RM100 setiap kali kita log in facebook boleh hantar message ke inbox saya..Betul..Ini realiti.. Saya amat berterima kasih kepada rakan fb sy yang telah membongkarkan rahsia ni kepada saya..
p/s: Rahsia ini terlalu mudah.. cuma hantar message ke inbox saya je kepada sesiapa yang berminat hendak melihat RM100-RM1000 masuk ke akaun bank mereka setiap kali log in facebook
Ini adalah petikan dari beribu-ribu ayat yang digunakan oleh mereka untuk menarik orang lain join dan menjadi downline mereka. Cuba fahami betul-betul “rahsia macam mana nak dapat RM100 setiap kali kita log in facebook boleh hantar message ke inbox saya”. Adakah Mark Zuckerberg begitu baik hati untuk menghantar mesej inbox setiap pengguna Facebook yang mengatakan, “Hey dude! This 100 bucks for u. Thanks for being our loyal user.” Hell no!! Baca ayat sehingga habis “cuma hantar message ke inbox saya je kepada sesiapa yang berminat”. Jadi siapakah yang sebenar menghantar mesej ke inbox mereka?? Andalah yang menghantar mesej ke dalam inbox mereka.

4. Menggunakan akaun Facebook palsu
Ini adalah taktik yang sering digunakan. Dan kebiasaannya, akaun palsu ini menggunakan gambar awek yang hot + sexy dimana gambar mereka boleh diperolehi dengan mudah menerusi carian di Google.

Untuk artikel penuh mengenai fakta sebenar login facebook dapat duit ini,sila lah layari blog cdiqlife.com

Jika anda rasa tidak percaya / anda salah seorang daripada member yang join login facebook dapat duit ini,dan bercanggah pendapat,Lihat fakta sebenar mengapa anda harus percaya
  1. Penulis Cdiqlife.com sudah lama dalam biz internet dan dah banyak hasilkan income dengan cara sendiri yang bukan scam.Kiranya otai.
  2.  Selain daripada Cdiqlife.com , ada banyak lagi otai otai di forum forum terkenal seperti Wangcyber,Carigold dan beberapa forum malaysia yang menyokong fakta login facebook dapat duit ni tidak lebih daripada scam.
  3. kebanyakan Otai otai yang menyokong fakta login facebook dapat duit ini tidak lebih daripada scam merupakan golongan yang dah hasilkan pendapatan ribuan,puluhan ribu,dan ada yang ratusan ribu melalui cara penjanaan wang mereka sendiri.
  4. Bukan otai otai forum sahaja,malah ramai blogger blogger yang dah lama dalam bidang blog ini juga sokong.Blogger blogger yang menyokong fakta ini juga telah menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui cara penjanaan wang mereka sendiri. ( adsense,ppc,affiliate,jualan produk,panduan,forex dan pelbagai lagi )
Jika anda tetap tidak percaya,itu terpulang kepada anda.

Bagi illyz,banyak cara untuk hasilkan pendapatan melalui facebook ini,salah satunya ,join affiliate program yang baik dan boleh hasilkan jualan.Seperti affiliate buku masakan.Cari 1 website yang jual ebook panduan resepi masakan,promosikan affiliate link anda mengunakan kaedah yang betul dan ayat iklan yang menarik,target kepada yang berminat untuk belajar memasak atau ingin mengetahui resepi masakan.Tidak mustahil untuk hasilkan income melalui cara ini.

Atau promosikan website hosting atau panduan berblogging,panduan ppc atau panduan affiliate serta ebook panduan lain yang boleh hasilkan jualan.

5 comments:

BLOGNYA ANAK BONE said...

wow info yang sangat menarik , thanks...

cari duit said...

Memang benar, teknik sebegitu lebih kepada menipu..

illyz lnini said...

Hari ni makin lama makin banyak iklan macam tu kat Facebook.Kalau diorg trus promote infinity downline diorg lagi baik banding guna teknik tu.

LegitSitesList said...

mmg founder yg wat ni kaki pembelit..
sian sape yg join..hidup2 dikencing..

illyz lnini said...

haha...setuju sangat tu legitsiteslist :D