InstaForex

Thursday, September 1, 2011

Selamat Menyambut hari kemerdekaan Yang ke 54

Merdeka Merdeka Merdeka - Malaysia



Selamat menyambut hari kemerdekaan yang 54 kepada seluruh Rakyat Malaysia.Dah 54 tahun Negara kita merdeka dan bagi illyz,sangat sangat bersyukur sebab di lahirkan di Malaysia yang aman ini.Kepada yang seronok beraya..jangan lupa sambut kemerdekaan juga ye? Walaupun tarikh official untuk menyambut kemerdekaan telah ditukar kepada 16 sep 2011.

Cuma semangat kemerdekaan kali ni sama juga seperti tahun tahun  sebelum ini dimana bilangan kenderaan yang meletakkan Jalur Gemilang boleh dikira.Apapun..selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun 2011.


Alleycats - Sampaikan Salam *Jom Layan*

Alleycats - Sampaikan Salam



Kumpulan Alleycats merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang terkenal dengan lagu Jika Kau Bercinta Lagi dan Senandung Semalam. Kumpulan ini boleh dikatakan kumpulan muzik bukan Melayu yang paling berjaya memikat hati pendengar muzik Melayu. Alleycats yang mula menyanyi di kelab dan menghasilkan album sejak tahun 1970-an masih kekal hingga sekarang dan mereka masih aktif menyanyi.
Source : MS.Wiki

Bagi yang mengemari lagu lagu Genre ini,apa lagi..jom layan..Sekali sekala tak apa.Time time ni rasanya sesuai kalau layan kan?

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Di kesempatan ini,illyz mengucapkan kepada semua Umat Islam di Malaysia,Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.

Kepada yang balik kampung hari ini,sentiasa berhati hati semasa berada di jalan raya dan dimana jua.Kepada yang sudah berada di kampung halaman,yang sedang beraya,jangan main mercun.hehe..