InstaForex

Monday, July 7, 2014

Sejarah Restoran McDonald

Restoran McDonald's di Downey, California hampir tidak berubah semenjak ianya dibuka pada 1953

Sejarah Restoran McDonald

Hari ini illyz nak berkongsi sedikit info mengenai sejarah restoran McDonald.Terima kasih sumber untuk post illyz kali ini.

Pada tahun 1940, dua bersaudara bernama Richard dan Maurice McDonald memiliki impian untuk membuka sebuah restoran. Berkat keberanian dan kegigihan mereka, lahirlah sebuah restoran yang dinamakan dengan McDonald 's Famous BBQ. Dengan menawarkan 40 menu makanan yang disajikan, restoran ini menjadi salah satu restoran terkenal di California, Amerika. Dimana lokasi tersebut adalah tempat berdirinya Restoran McDonald's pertama.
Pada tahun 1945, restoran McDonald 's mengalami kerugian. Pada tahun yang sama juga seorang peniaga bernama Ray Kroc bergabung bersama McDonald 's. Ray Kroc memiliki banyak idea yang berani dan bernas untuk menaikkan restoran McDonald 's dari kerugian. Salah satu ideanya yang paling ekstrem adalah menghapuskan hampir seluruh menu BBQ yang selama ini disajikan, kecuali Hamburger. Sebabnya, hasil kajian Kroc memperlihatkan bahawa menu terkenal di restoran ini adalah Hamburger. Pada masa itu menu Hamburger yang mereka ada memang memiliki permintaan penjualan yang amat baik dan tinggi.

Bermula dari menu Hamburger yang ingin dijual, Kroc mula mengganti konsep restoran McDonald 's menjadi fast food restaurant. Hasilnya menerapkan konsep ini, muncul pula idea bernas Kroc yang lainnya. Tahun 1955, Kroc membuat perubahan lainnya dengan mewujudkan francais pada Restoran McDonald 's bermula dari seluruh Amerika sehingga seluruh dunia.

Kejayaan mengunakan sistem francais ini membuat Kroc akhirnya berpikir. Mesti ada jaminan bahawa semua restoran McDonald 's yang ada di seluruh dunia memiliki standart yang tinggi. Sehingga sistem dan penjenamaan dari restoran pun boleh diurus dengan lebih tersusun. Melahirkan idea untuk membina Hamburger University pada tahun 1961.

Kegigihan dan kerja keras Kroc dan McDonald bersaudara, membuat restoran McDonald 's kini mencapai jumlah 14.000 yang ada di 60 negara berbeza di dunia. Angka pengunjung restoran ini mencapai 22juta orang / sehari atau 14ribu pengunjung/ seminit. Tidak heranlah McDonald 's dilabel sebagai industri kuliner paling berjaya di dunia. Seiring berjalannya waktu, restoran McDonald 's terus melakukan inovasi-inovasi bisnes lainnya yang selalu menarik hati pengunjungnya.

Sumber : McDonald @ Wiki
Sumber Gambar : McDonald Image @ Wiki
Sejarah Mengenai McDonald : Mcspotlight

Sunday, July 6, 2014

Video Menarik Yang Anda Perlu Tengok

Video Menarik Yang Anda Perlu Tengok

Hari ini illyz ingin berkongsi 1 video yang illyz dapat masa nak cari movie korea kat youtube..1 video je tapi memang best..korang tengok la

Tuesday, June 17, 2014

7 destinasi pelancongan menakjubkan di Dunia

7 destinasi pelancongan menakjubkan

Dah lama illyz tak posting kat blog ni.Tapi hari ini illyz nak share info menarik tentang 7 destinasi pelancongan menakjubkan di dunia.ada beberapa tempat yang ditunjukkan di post kali ini pernah illyz post kat blog ini tapi sebagai info lain.Tak sangka kali ini tempat tempat ini juga akan masuk dalam listing kali ini.

Inilah 7 destinasi pelancongan menakjubkan yang perlu anda ketahui, anda hanya perlu perhatikan!
Terokai ke dalam gua nymphs dan terpesona oleh warna indah hijau, biru dan biru gemerlapan di nymphs Cave.Anda pasti akan terpesona dengan kecantikan dan keindahan gua ini apabila anda berpeluang untuk ke tempat ini
Anda pasti kagum memandang megah pagoda di bawah anda dari bahagian atas Lawkaoushaung Temple di Bagan dan melihat pemandangan belon udara panas terapung semasa musim panas.
Pastinya bila anda ke Victoria Falls, salah satu air terjun terbesar dan termegah di dunia,pastinya anda akan melihat pemandangan moonbows menakjubkan dari tebing Zambezi di Tongabezi.Kalau Gayat atau takut tinggi jangan pergi..haha
Anda pasti tidak percaya,gambar di atas adalah gambar di dalam sebuah gua yang bernama Waitomo Cave.Yang menariknya,cahaya yang cantik ini dipancarkan oleh GlowWorm,salah satu serangga ( kalau tak silap ) yang cukup unik.Pastinya penduduk di Waitomo,New Zealand beruntung dapat melihat suasana cantik dan indah di Waitomo Cave sekurang kurangnya setahun sekali.
Yuanyang Rice Paddies,Honghe,Yunnan,China..Gambar diatas adalah gambar susunan kolam padi di yuanyang dan ianya diambil sewaktu senja.sangat cantik bukan?Tarik nafas dalam dalam untuk salah satu pemandangan yang paling nyata di bumi
Kalau illy tak silap,illy pernah post mengenai tempat ini disalah satu post illyz.Jika anda fikirkan masa depan untuk anak-anak, fikirkan sekali lagi untuk mencuba! Tanpa ciri-ciri keselamatan,Swing At The End Of The World yang tergantung di rumah pokok La Casa Del Arbol yang tergantung 2,660 meter di atas paras laut mungkin akan menjadi percubaan paling berani dalam hidup anda.Terletak di BaƱos, Ecuador tempat ini juga popular sebagai "viewing spot" untuk pelancong yang datang.
Grand Prismatic Spring, di yellowstone national park adalah kolam air panas terbesar di USA dan ketiga terbesar di dunia.Salah satu tempat yang menarik yang mungkin anda ingin cuba pergi?Anda pasti akan kagum melihat kecantikan tempat ini.