InstaForex

Sunday, July 6, 2014

Video Menarik Yang Anda Perlu Tengok

Video Menarik Yang Anda Perlu Tengok

Hari ini illyz ingin berkongsi 1 video yang illyz dapat masa nak cari movie korea kat youtube..1 video je tapi memang best..korang tengok la

Tuesday, June 17, 2014

7 destinasi pelancongan menakjubkan di Dunia

7 destinasi pelancongan menakjubkan

Dah lama illyz tak posting kat blog ni.Tapi hari ini illyz nak share info menarik tentang 7 destinasi pelancongan menakjubkan di dunia.ada beberapa tempat yang ditunjukkan di post kali ini pernah illyz post kat blog ini tapi sebagai info lain.Tak sangka kali ini tempat tempat ini juga akan masuk dalam listing kali ini.

Inilah 7 destinasi pelancongan menakjubkan yang perlu anda ketahui, anda hanya perlu perhatikan!
Terokai ke dalam gua nymphs dan terpesona oleh warna indah hijau, biru dan biru gemerlapan di nymphs Cave.Anda pasti akan terpesona dengan kecantikan dan keindahan gua ini apabila anda berpeluang untuk ke tempat ini
Anda pasti kagum memandang megah pagoda di bawah anda dari bahagian atas Lawkaoushaung Temple di Bagan dan melihat pemandangan belon udara panas terapung semasa musim panas.
Pastinya bila anda ke Victoria Falls, salah satu air terjun terbesar dan termegah di dunia,pastinya anda akan melihat pemandangan moonbows menakjubkan dari tebing Zambezi di Tongabezi.Kalau Gayat atau takut tinggi jangan pergi..haha
Anda pasti tidak percaya,gambar di atas adalah gambar di dalam sebuah gua yang bernama Waitomo Cave.Yang menariknya,cahaya yang cantik ini dipancarkan oleh GlowWorm,salah satu serangga ( kalau tak silap ) yang cukup unik.Pastinya penduduk di Waitomo,New Zealand beruntung dapat melihat suasana cantik dan indah di Waitomo Cave sekurang kurangnya setahun sekali.
Yuanyang Rice Paddies,Honghe,Yunnan,China..Gambar diatas adalah gambar susunan kolam padi di yuanyang dan ianya diambil sewaktu senja.sangat cantik bukan?Tarik nafas dalam dalam untuk salah satu pemandangan yang paling nyata di bumi
Kalau illy tak silap,illy pernah post mengenai tempat ini disalah satu post illyz.Jika anda fikirkan masa depan untuk anak-anak, fikirkan sekali lagi untuk mencuba! Tanpa ciri-ciri keselamatan,Swing At The End Of The World yang tergantung di rumah pokok La Casa Del Arbol yang tergantung 2,660 meter di atas paras laut mungkin akan menjadi percubaan paling berani dalam hidup anda.Terletak di Baños, Ecuador tempat ini juga popular sebagai "viewing spot" untuk pelancong yang datang.
Grand Prismatic Spring, di yellowstone national park adalah kolam air panas terbesar di USA dan ketiga terbesar di dunia.Salah satu tempat yang menarik yang mungkin anda ingin cuba pergi?Anda pasti akan kagum melihat kecantikan tempat ini.


Tuesday, June 10, 2014

Sejarah Jenama NIKE

SEJARAH JENAMA NIKE

hari ini illyz just nak share satu info menarik yang illyz dapat dari share seorang kawan.Jom baca info menarik mengenai sejarah jenama NIKE ini.

Nike pada mulanya dikenali sebagai Blue Ribbon Sports, diusahakan oleh atlet trek Philip Knight dan pelatihnya Bill Bowerman dari University of Oregon pada Januari 1964. Awalnya perniagaannya beroperasi sebagai distributor untuk pembuat kasut Jepun Onitsuka Tiger.

Kemajuan perniagaan mereka benjalan dengan lancar dan pada tahun 1966 BRS membuka kedai ritel pertama terletak di Pico Boulevard di Santa Monica, California. Pada 1971 perjanjian antara BRS dan Onitsuka Tiger sudah berakhir dan BRS bersedia untuk memulakan perniagaan kasut sendiri. Kasut pertama yang dijual kepada orang ramai adalah kasut bola sepak digelar Nike, yang dikeluarkan pada musim panas 1971.

Pada Februari 1972 BRS memperkenalkan design pertama kasut Nike dengan nama Nike berasal dari dewi kemenangan Yunani. Pada tahun 1978 BRS Inc itu sendiri secara rasmi menukar nama menjadi Nike Inc. Bermula dengan Ilie Năstase, atlet profesional pertama mengikat kontrak dengan BRS/Nike untuk penajaan kepada atlet sebagai target pemasaran bagi memperkembangkan perniagaan mereka.

Mereka memiliki kasut terbaik pada masa itu dan mereka perlu mempromosikannya, jadi Nike mulai menaja atlet-atlet. Nike memutuskan untuk menaja John McEnroe seorang pemain tenis yang menghiburkan penonton ketika ia bermain kerana dia akan terus-menerus membuat bising walau di depan pengadil

Pada 1979 Nike mempunyai kasut pelari paling popular di negara-negara barat. Sekarang Nike mulai menjual lebih dari pelbagai jenis kasut, menjual pakaian dan peralatan olahraga bagi kebanyakan olahraga.

Terdapat satu masalah kepada Nike pada satu ketika, iaitu Reebok. Reebok dapat mengatasi penjualan kasut Nike, tapi Nike kembali bersaing dengan mencipta kasut khusus untuk setiap olahraga dan kegiatan sukan.

Penajaan terbesar Nike adalah Michael Jordan, yang memeteri perjanjian di University of North Carolina. Inilah yang membuat Nike menang dari persaingan dengan Reebok. Meski Michael Jordan itu sudah terkenal, ia bukan pilihan pertama Phil Knight. Nike sedang berusaha untuk mendapatkan Larry Bird dan Magic Johnson, 2 dari atlet yang paling populer pada masa itu.

Pada tahun 1980, Nike telah mencapai 50% pasaran di Amerika Syarikat. Kemajuan perniagaannya adalah kerana sebagian besar adalah daripada iklan 'word-of-foot' (mengutip sebuah iklan cetak Nike dari akhir 1970-an), daripada iklan telivision. Iklan television nasional pertama Nike berlangsung pada bulan Oktober 1982 untuk siaran New York Marathon. Iklan diciptakan oleh biro iklan Wieden Kennedy yang telah dirancang beberapa bulan sebelumnya iaitu bulan April 1982.

Bersama-sama, Nike dan Wieden Kennedy telah menciptakan banyak iklan cetak dan television yang bertahan lama dan terus menjadi agen utama Nike saat ini. Dan Wieden lah yang menciptakan slogan terkenal "Just Do It" untuk kempen iklan Nike tahun 1988, yang dipilih oleh Advertising Age sebagai salah satu top 5 slogan iklan di abad 20, dan kempennya itu telah telah diabadikan dalam Smithsonian Institution.

The Swoosh
"Swoosh" adalah sebuah rekacipta yang diciptakan pada tahun 1971 oleh Carolyn Davidson, seorang mahasiswa design grafik di Portland State University. Dia bertemu Phil Knight ketika ia sedang mengajar kelas akaun dan ia mulai melakukan beberapa pekerjaan freelance untuk perniagaannya, Blue Ribbon Sports (BRS). Logo Nike "Swoosh" mewakili sayap pada patung Dewi kemenangan Yunani yang terkenal,

Kasut pelari pertama yang mendapat logo Swoosh diperkenalkan di US Track and Field Olympic Trials di Eugene, Oregon, pada Jun 1972. Sampai hari ini Nike masih terus menggunakan logo ini