InstaForex

Wednesday, March 19, 2014

Fesyen Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki


Fesyen Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki

Fesyen itu adalah universal dan kebiasaannya wanita adalah insan yang pandai dan hebat berfesyen namun adakala ada sesetengah fesyen yang tak digemari oleh kaum lelaki ini.

Ini kerana jika fesyen itu terlalu keterlaluan ianya tidak kena dengan gaya dan personaliti anda malah jika anda menggayakan fesyen tersebut mungkin kelihatan tidak menarik dan tidak dilayan oleh sang jejaka.

Jom lihat 5 fesyen yang tidak digemari jejaka ini:

Cermin mata besar
Kebanyakan wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar, mereka akan kelihatan lebih moden dan bergaya. Tidak bagi lelaki, kerana bagi mereka, wanita yang memakai cermin mata yang besar ini tidak sesesuai dan membuatkan wajah si wanita itu kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amatlah penting bagi seseorang wanita itu memilih saiz dan bentuk cermin mata yang betul-betul kena dengan raut wajah anda agar kelihatan menawan sentiasa.

Bibir yang merah menyala
Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa bibir mereka akan lebih seksi sekiranya menggunakan lipstick yang berwarna merah menyala. Tetapi hakikatnya ada segelintir lelaki yang tidak sukakan demikian kerana warna yang terlalu terang akan membuat mereka bercakap dengan badut. Lelaki lebih suka sesuatu yang menyenangkan dan sederhana kerana itu lebih membuat anda seperti bidadari dengan bibir yang semulajadi dan tidak terlalu merah. Wanita harus lebih peka dengan pemilihan warna gincu agak bersesuaian dengan kulit anda. pink pun ok

Bulu mata
Memang tak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuat wanita itu kelihatan lebih cantik dan menawan tetapi sekiranya bulu mata itu palsu dan dipakai tidak kena majlis pastinya akan menjadi mimpi ngeri buat anda apabila dipandang jelik oleh sesetengah lelaki. Seeloknya tak perlulah gunakan bulu mata palsu kerana tidak semesti bulu mata panjang, melentik itu cantik bahkan jika kita lihat wanita Korea bulu mata mereka semua biasa-biasa saja tetapi mereka masih dianggap jelita. Kebanyakan lelaki sukakan bulu mata yang asli dan original kerana itu lebih nampak kecantikan sebenar. oh please...

Selipar/Kasut
Oh ini tidak sesuai kerana selipar dan kasut itu bukanlah sesuatu yang menarik untuk dipakai kerana ada sesetengah selipar yang agak ketinggalan zaman. Tetapi memang benar selipar lagi selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi namun jika mahu memakai selipar haruslah memilih yang sesuai dan mengikut trend semasa. Namun begitu, walau secantik mana selipar/kasut yang dipakai, lelaki pasti lebih mengemarkan kekasihnya memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambah lagi pesona dan keaggunan anda.Tapi tak perlu la pakai kasut tumit tinggi sangat

Pakaian yang terlalu seksi
Akhir sekali janganlah pakai pakaian yang terlalu seksi dan menjolok mata kerana tidak semua lelaki sukakan wanita berpakaian seksi. Alangkah indah dan moleknya anda sekiranya berpakaian sopan dan sesuai dengan bentuk tubuh anda, tidak perlu memakai yang terlalu ketat sehingga sukar untuk berjalan dan sebagainya. Lebih manis dan selamat bagi wanita yang memakai pakaian menutup aurat kerana aura mereka akan terserlah

Awas ! Kesan Sampingan Minyak Wangi Yang Perlu Anda Tahu

Gambar hanya hiasan..tiada kaitan dengan artikel kali ni

Awas ! Kesan Sampingan Minyak Wangi Yang Perlu Anda Tahu

Artikel atau post kali ini bukan dengan tujuan memburuk burukan produk wangian tetapi hanya sekadar untuk info yang harus anda tahu.Dengan itu anda harus bijak memilih minyak wangi yang anda akan gunakan dan sebaiknya jauhkan daripada membeli atau mengunakan winyak wangi yang mempunyai kandungan yang banyak.Terutamanya jika ianya beralkohol

Memang tidak dapat dinafikan, anda semua sukakan haruman, sehinggakan kereta dan blik tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa yang anda tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh membawa kesa terhadap kesihatan anda.

Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk.

Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan anda kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak.

Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu.

Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.


10 Sebab Facebook Beli Whatsapp

10 Sebab Sebenar Facebook Beli Whatsapp

Info ni bukan dari illyz ok? illyz dapat dari seorang kawan di facebook dan illyz minta kebenaran untuk share di blog illyz.Harap semua pembaca tak kisah ok??berikut adalah sebab sebab utama kenapa Facebook beli whatsapp

1. Whatsapp mempunyai kehadiran mudah alih lebih banyak dari Facebook. Berbanding Facebook, Whatsapp kini mempunyai 419 juta pengguna aktif di seluruh dunia berbanding Facebook iaitu hanya 145 juta.

2. Data. Whatsapp menyimpan nombor telefon, nama, emel, log sembang dan banyak lagi data yang sebenarnya lebih bernilai daripada sejumlah USD16 bilion yang ditawarkan bagi membeli Whatsapp.

3. Mahu kalahkan Google. Sebelum ini, Google menawarkan angka USD10 bilion untuk membeli Whatsapp tetapi ia ditolak, tidak mustahil, tawaran baru akan dikemukakan dengan senang. Jadi sebelum Google berbuat demikian, lebih baik Facebook membelinya.

4. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memang mengidamkan industri mudah alih namun aplikasi yang ditawarkannya melalui Facebook Messenger agak lambat untuk mendapatkan pengguna aktif berbanding Whatsapp. Cara mudah, beli saja aplikasi sedia ada yang telah terbukti popular.

5. Masa depan internet bukan terletak pada desktop tetapi pada pemakaian gajet mudah alih. Peluang mengembangkan aktiviti pengiklanan kini bukan hanya boleh dimasukkan dalam Facebook tetapi lebih meluas. Kini Zuckerberg boleh menjual iklan lebih banyak dengan harga lebih tinggi.

6. Mengejutkan apabila lebih 400 juta foto dihantar dan dimuat turun dalam Whatsapp setiap hari. Facebook pula hanya 350 juta foto. Instagram yang dibeli Facebook pula hanya 55 juta. Jika dicampur kedua-duanya, hanya lebih 5 juta saja. Ia jelas menunjukkan Whatsapp sebagai platform yang bernilai tinggi.

7. Laporan Delooitte 2013 jelas menunjukkan jumlah SMS semakin berkurang dari tahun ke tahun dengan kadar penurunan 5 bilion kepada 140 bilion dengan pilihan kini beralih kepada aplikasi mesej pantas (IM) yang bertambah kepada 300 bilion setahun.

8. Kos operasi lebih murah. Bayangkan Whatsapp kini hanya mempunyai 55 pekerja dan jika kosnya hanya USD100,000 setiap pekerja setahun, Facebook hanya perlu membelanjakan kira-kira USD5.5 juta setahun. Dengan kos keuntungan dijangka RM1 bilion setahun, Facebook masih mampu membuat untung berlipat-lipat ganda meskipun ratusan staf ditambah.

9. Naikkan nilai saham Facebook. Meskipun selepas pengumuman, nilai saham susut 3.4 peratus, untuk jangka masa panjang, ia dijangka menambahkan lagi nilai IPO apabila industri permesejan sangat diperlukan pada masa sekarang dan masa depan.

10. Mark Zuckerberg banyak duit!