InstaForex

Tuesday, April 24, 2018

10 Perang Tersingkat Dalam Sejarah Sepanjang Zaman

10 Perang Tersingkat Sepanjang Zaman


Perang merupakan perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama umat, merosakkan sosial dan memusnahkan ekonomi. Peperangan merupakan hal yang tidak diinginkan oleh setiap umat dan merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan. Ketiadaan perang membawa kepada keamanan.

Satu tanggapan biasa peperangan ialah suatu siri kempen tentera antara sekurang-kurangnya dua belah pihak yang melibatkan satu pertikaian mengenai kedaulatan, kawasan, sumber, agama atau banyak lagi isu-isu lain. Suatu peperangan untuk mendapat kemerdekaan dari penjajahan kadang kala dipanggil sebagai satu "peperangan pembebasan", sementara suatu peperangan dalaman bagi negeri yang sama dipanggil "perang saudara".Perang terdahsyat dalam sejarah, daripada segi jumlah kematian, ialah Perang Dunia Kedua, dengan 60–85 juta orang maut, diikuti penaklukan Mongol.Dan berikut adalah perang yang paling singkat dalam sejarah perang sepanjang zaman

Perang Anglo - Zanzibar ( 45 Minit ) ( Tahun 1896 )

Perang yang direkodkan paling cepat dalam sejarah perang diantara Kesultanan Zanzibar Dan United Kingdom.Peperangan yang bermula pada 27 ogos 1896 antara kedua belah pihak ini hanya bertahan selama 45 minit dimana kemenangan mutlak kepada pihak United Kingdom.

Perang 6 Hari ( 6 day Wars ) ( Tahun 1967 )

Juga dikenali sebagai June Wars , 1967 Arab-Israeli War, dan Third Arab–Israeli War dan boleh dianggap sebagai kemenangan berat sebelah dimana pihak Israel menang dalam perang 6 hari.Perang ini berlangsung selama 132 jam dan 30 minit.

Perang India - Pakistan ( 13 Hari ) ( Tahun 1971 )

Perang antara Negara India Dan Pakistan yang berlaku pada Ogos 1971 yang mana juga dikenali sebagai "Perang Kemerdekaan Bangladesh".Peperangan yang berlaku antara kedua negara ini menjadikan wilayah yang menjadi rebutan kepada 2 negara ini merdeka dan dikenali sebagai negara Bangladesh masa kini.

Perang Serbia - Bulgaria ( 14 Hari ) ( Tahun 1885 )

Perang Serbo-Bulgarian War Atau Perang Serbia-Bulgaria ini hanya bertahan selama 14 hari yang bermula pada 14 November 1885 ( Kalendar Lama 2 November 1885 ) sehingga 28 november 1885 ( Kalendar Lama 16 November 1885 ) dan kemenangan kepada pihak Bulgaria.Perjanjian damai antara kedua pihak ini tecapai pada 3 mac 1886 ( Kalendar Lama 19 febuari 1886 ) Di Bucharest.

*Pengiraan Jumlah Hari Pada Kalendar Lama Berbeza Dengan Pengiraan Hari Kalendar Baru Yang Kita Gunakan Sekarang

Perang Armenia-Georgia ( 24 hari ) ( Tahun 1918 )

Perang yang bermula pada Disember 1918 diantara Armenia dan Georgia ini hanya bertahan selama 24 hari.Hasil daripada peperangan ini "tidak meyakinkan" dimana tiada maklumat penuh tentang pihak mana yang memenangi peperangan ini.

Perang Sino-Vietnam ( 27 Hari )  ( Tahun 1979 )


Perang Sino - Vietnam ini juga dikenali sebagai " Third Indochina War " bermula pada awal 1979.Perang berlaku diantara China dan Vietnam ini hanya bertahan selama 27 hari.Kedua dua belah Pihak mengaku memenangi perang ini.

Perang Greco-Turkish ( Yunani - Turki ) ( 30 hari ) ( Tahun 1897 )

Perang diantara Greece dan Ottoman ( Sekarang dikenali sebagai Turkey ) yang juga dikenali sebagai Mauro '97 di greece  berlaku pada 18 april 1897 sehingga 20 mei 1897 dimana kemenangan dari segi ketenteraan adalah kepada pihak Turkey manakala kemenangan dari segi diplomatik kepada Greece.

Perang Balkan kedua ( 32 Hari ) ( Tahun 1913 )

Konflik perang yang berlaku pada 29 jun 1913 ( Kalendar Lama 16 Jun 1913 ) Yang juga dikenali sebagai second balkan war bermula apabila Bulgaria yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan hasil daripada perang balkan yang pertama menyerang kedua "Allies" atau "Pakatan" ,iaitu Serbia dan Greece,Turut telibat sama dalam perang ini ( dimana menyebelahi negara Serbia dan Greece ) adalah Ottoman ( Turkey ) dan Romania.Perang yang berlangsung selama 32 hari ini menyebabkan pihak Bulgaria kalah.

Perang  Polandia-Lituania ( 37 Hari ) ( Tahun 1920 )

Juga dikenali sebagai Polish–Lithuanian War yang bermula pada September 1920 sehingga november 1920 membawa kepada kemenangan pihak Poland ( Juga dikenali sebagai polish atau polandia )

Perang  Falklands (  Falklands War ) 73 Hari ( Tahun 1982 )

Juga dikenali sebagai Falklands Conflict, Falklands Crisis, South Atlantic Conflict atau Guerra del Atlántico Sur,Merupakan perang yang terjadi diantara pihak United Kingdom ( British ) dan Pihak Argentina yang bermula pada 2 april 1982 sehingga 14 jun 1982 ( 73 hari ).Keputusan daripada peperangan ini membawa kepada Kemenangan Pihak British ( United Kingdom ) keatas pihak argentina.