InstaForex

Tuesday, September 27, 2011

HotSpotShield Tak Boleh Uninstall?

Bagaimana Untuk Uninstall HOTSPOT SHIELD?

Kadang kadang memang menjadi masalah besar bagi mereka yang dah install hotspot shield tapi tak boleh nak uninstall semula.Kadang kadang juga masalah ini boleh membuatkan PC anda mempunyai masalah lain di masa akan datang,internet menjadi lebih slow,performance pc kurang lancar dan pelbagai lagi masalah.

Ramai dah tercari cari cara bagaimana untuk uninstall hotspot shield ini dan biasanya teknik yang anda jumpa di forum forum biasanya tidak sesuai bagi mereka yang newbie dalam hal hal pasal komputer ini.

Kali ini illyz nak ajar cara untuk uninstall Hotspot Shield ini. ( sesuai untuk semua )

Anda hanya perlukan 2 benda sahaja iaitu ( kedua duanya free dan bebas virus ) :-
1) Iobit uninstaller - http://www.iobit.com/advanceduninstaller.html
2) Unlocker - http://www.filehippo.com/download_unlocker/

Langkah Pertama :-
Run Iobit uninstaller,cari Hotspot shield,dan pilih "Force Uninstall" ( bagi sesetengah PC ,jika anda mengalami masalah Error Biru keluar ,pilih "Uninstall" sahaja )

Jika anda pilih "force uninstall",anda akan dapat tab baru dimana anda perlu browse file yang ingin di uninstall.Jika tidak tahu,cari sahaja shorcut ke hotspot shield tersebut.



Langkah Kedua :-
Selepas selesai Uninstall,pastikan anda pilih "powerful scan" dan kemudian pilih "select all" dan pilih "delete"


Langkah Ketiga :-
Install Unlocker,Kemudian cari folder Hotspot Shield tadi dan right click,pilih unlocker.

Kemudian anda pilih delete dan tekan Ok.

Kemudian selesai.Teknik uninstall ini juga boleh digunakan untuk uninstall folder yang degil dan file atau application yang mempunyai masalah.Jika tutorial ini membantu,anda boleh sharekan kepada rakan rakan anda,tetapi jangan lupa bagi credit kat blogillyz ok?

Tuesday, September 20, 2011

Video Iklan Yang Menarik Dan Kreatif

iklan kreatif

Iklan Lucu,Menarik Dan Kreatif

Biasanya kalau masa tengah tengok rancangan di TV,selalunya ada iklan iklan yang di tayangkan bukan? Kali ini illyz nak share kat anda semua video iklan yang agak kreatif dan menarik.Sesetengah video agak lucu dan ada juga yang mungkin tidak sesuai bagi tontonan kanak kanak.Apapun enjoy ye.

Iklan Samsung Galaxy S2



Iklan french fries


Iklan Burger King


Iklan Yang Menarik


Iklan Tuna Rendah Lemak



Ada banyak lagi video menarik,kreatif dan lucu yang akan di share nanti.Enjoy ^^

Monday, September 19, 2011

Perubahan Terbaik Daripada Blogger

Perubahan besar blogger

Kali ini blogger dah buat perubahan daripada segi "image viewer"

Jika sebelum ini,nak tengok image dengan cara klik image tersebut akan jadi macam dalam gambar di bawah


Dan kali ini kalau klik je image di mana mana blogger akan jadi macam ini.

Cuba la ye.

Berhibur dengan Siri Kartun Yang Menarik

shin chan

Siri Kartun Yang Menarik

Mungkin ramai di luar sana ingin mencari sesuatu yang menarik bagi mengisi masa yang terluang.Mungkin ada juga yang memilih untuk berjalan jalan bersama insan tersayang,keluarga dan rakan rakan.Kali ini apa kata anda menonton siri kartun / anime yang menarik seperti Shin Chan ,Doraemon Ataupun Ninja boy?

Biasanya kartun / anime seperti ini ditayangkan di channel Astro Ceria dan masanya pula agak terlalu awal bagi mereka yang bekerja.Apa kata jika anda mempunyai internet,menonton secara online?

Mungkin bagi sesetengah individu,kartun seperti ini sedikit kebudak budakan dan hanya sesuai untuk tontonan kanak kanak? Rasanya tak salah jika orang dewasa juga menonton siri kartun seperti ini bukan? Illyz juga gemar kartun kartun yang menghiburkan seperti ini.

Jom menonton secara online di amixstream.Illyz gemar tengok kartun secara online di amixstream kerana bukan sahaja banyak pilihan,malah free lagi.Tak perlu register kalau setakat nak tengok.Pilih je siri yang nak di tengok dan biarkan buffering sekejap.Kemudian tengok la sepuas puasnya.

Shin Chan

Siri Berbahasa Melayu
Rating : Pg - 13 ( 13thn ke atas )

Link ke Website Untuk Tonton secara online

Ninja Boy Nintama

Siri Berbahasa Melayu
Rating : G ( Umum )

Link Ke Website Untuk Tonton Secara Online

Doraemon

Siri Berbahasa Melayu
Rating : G ( Umum )

Link Ke Website Untuk Tonton Secara Online





Sebenarnya ada banyak lagi siri menarik dalam bahasa melayu seperti hagemaru,atashinci dan banyak lagi di website amixstream.Apapun Enjoy ye ^^

Saturday, September 17, 2011

Widget Blog Yang Popular

Widget Blog Yang Popular

Widget merupakan satu aplikasi yang biasanya menjadi pilihan untuk para blogger bagi mencantikkan atau menampakkan blog mereka kemas,menarik,comel dan pelbagai lagi.Biasanya widget widget ini diletakkan di bahagian sidebar tepi,dan tidak kurang juga ada yang mengunakan widget jenis popup dan lain lain.

Berikut merupakan beberapa jenis widget untuk blog yang sememangnya popular di kalangan blogger blogger masa kini. ( kalau rasanya nak tambah lagi widget yang popular,tinggalkan komen anda ^^ )

Visitor Stats
Widget yang memperlihatkan jumlah pelawat yang berkunjung ke blog.Biasanya ramai mengunakan Flagcounter,histats dan ada juga yang mengunakan jenis visitor stats yang digemari.
Bookmark / share Widget
Widget bookmark ini biasanya ada yang mengunakan script sendiri dan paling ramai mengunakan Addthis dan Sharethis
LinkWithin
Linkwithin memang popular.Ramai blogger yang saya lihat mengunakan widget ini untuk memperlihatkan post post sebelum ini.
Facebook Widgets
Biasanya blogger akan memperlihatkan sama ada profile widget ataupun facebook pages widget.
Google Friend Connect
Biasanya yang kita lihat di bahagian sidebar tepi ( follower ),illyz ada install,blogger ada sediakan widget ini.

Popular Post Widget
Widget yang memperlihatkan posting anda yang paling popular / paling banyak pembaca

Friday, September 16, 2011

ping blog anda selepas buat posting di ping blog service

Ping Blog Anda Di Ping blog service

Jangan lupa untuk ping blog anda selepas membuat 1 posting baru untuk menambah baikkan ranking blog,sambil mendapat sedikit sebanyak sumber traffic daripada search engine.

Cara untuk ping blog cukup mudah,hanya perlu isikan

Blog Name : - ( Anda hanya perlu masukkan title blog anda,cth : Blog Illyz )

Blog Homepage : - ( Url ke blog anda,bukan ke posting anda. cth : http://blogillyz.blogspot.com )

Rss Url :- ( Jika anda tidak tahu url rss anda,anda hanya perlu memasukkan  
http:// <domainbloganda> .blogspot.com/feeds/posts/default
gantikan <domainbloganda> dengan domain blog cth: http://blogillyz.blogspot.com/feeds/posts/default )

Jika anda masih kurang pasti dengan Rss Url anda,anda boleh tinggalkan ruang tersebut kosong.

Di bawah ini illyz senaraikan tempat dimana illyz selalu ping blog illyz selepas selesai buat satu posting ( ping service ini free )

TotalPing
http://www.totalping.com/
Promote your blog with TotalPing!


Pingler
http://pingler.com/
Welcome to pingler


Pingomatic
http://pingomatic.com/
Ping-O-Matic is a service to update different search engines that your blog has updated.

FeedShark
http://feedshark.brainbliss.com/
Ping your blog,feed,or podcast for free

Thursday, September 15, 2011

Blogger dan Gmail Wajah Baru

logo gmail dan blogger

Blogger dan Gmail Wajah Baru

Hari ini masa nak login gmail dan juga blogger,tak juga terkejut sangat tapi gmail dan blogger dah tukar kepada wajah baru.Dibawah ini merupakan gambar snapshot yang illyz ambil sendiri semasa nak login blogger dan gmail sebentar tadi
Blogger Wajah Baru
Gmail Wajah Baru
Nampak kemas sikit bukan?Anda suka yang mana satu? wajah lama atau wajah baru?

Wednesday, September 14, 2011

Corak Kuku Yang Menarik Dan Comel

Corak Kuku Yang Menarik Dan Comel

Bagi yang gemar mewarnakan kuku,pastinya anda mencari cari corak yang simple,kemas dan menarik bukan? terutama yang comel dan warna lembut seperti pink,sea blue dan pelbagai lagi.Kali ini illyz ingin berkongsi beberapa video yang mengajar tutorial bagaimana mewarnakan corak kuku yang comel dan menarik.Illyz dapat video ini daripada

Cutepolish Youtube Channel  

Illyz akan add beberapa video sahaja di blog ini,jika anda ingin lihat lebih banyak video tutorial daripada cutepolish,anda semua boleh klik link ke channel cutepolish di youtube melalui link ini ~> http://www.youtube.com/user/cutepolish







Enjoy ^^

Tuesday, September 13, 2011

Freebies Minggu Ini ( Resepi Masakan Kuih Muih )

kuih muih malaysia
Kuih Muih Malaysia

Download Freebies Minggu Ini

Dah lama illyz buat posting,dan hari ini rasanya nak berikan "Resepi Masakan Kuih Muih Malaysia" dan rasanya dah ramai share panduan ini,apapun,enjoy download ye.

100 Resepi Masakan Kuih Muih Malaysia


Filehost : Mediafire
Size File : 499KB
Download Link

Monday, September 12, 2011

Sweet Candy dan Cupcake yang comel comel

Sweet Candy Dan Cupcake yang Comel

Siapa nak makan cupcake dan candy yang cute dan comel? illyz pasti ramai diluar sana pasti nak juga try candy dan cupcake yang macam ni kan?

Cute kan?
Pelbagai perisa dan bentuk (^.^)
Kalau banyak camni,boleh habis tak?
pelbagai rupa :)
Cutenyer cup cake ni
ada lagi ^^
Di kawasan anda ada tak sweet cute cupcake atau candy camni? Buat masa ini illyz masih tercari cari..

Friday, September 9, 2011

Umur Bukan Penghalang Utama Bagi Gamers

Umur bukan penghalang utama untuk gamers

Percaya atau tidak,umur bukanlah penghalang utama bagi gamers untuk terus melayan hobi mereka dimasa masa akan datang.Walaupun berumur sehingga 80 tahun sekalipun,mereka masih akan melayan hobi mereka dan tidak akan berhenti,mungkin hanya kurang sahaja.

Berikut adalah list forum yang bincang tentang umur seorang gamers.
http://forums.amd.com/game/messageview.cfm?catid=227&threadid=89946

Selain daripada itu,laman web ini menunjukkan gamers paling senior ( Tua )
http://www.pocket-lint.com/news/21191/uk-has-oldest-gamers-europe

John Bates
85 tahun ( Tahun 2011 )
Pemegang Rekod "Guinness World Records Gamers Edition"
Pecahkan rekod score tertinggi dalam Wii Sports Bowling " 2850 point "
http://blogs.dailyrecord.co.uk/gaming/2011/01/wii-are-the-champions-world-record-gamers.html




Soalan untuk anda :- anda mula bermain game pada umur berapa dan game pertama yang anda main?
( jawapan sila tinggalkan di komen ye )

Tuesday, September 6, 2011

Cerita Lucu - Mengenal Bunyi Haiwan

Cerita lucu - mengenal bunyi haiwan

Cerita ini dapat daripada seorang rakan Facebook yang suka berkongsi cerita cerita yang menarik,apapun enjoy ye.

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!

Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..

Amy : Meowwww

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?

Udin : ..............................................................

Cikgu : Udin?

Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...

Cikgu : Bunyi buaya apa tu???

Udin : Buaya darat cikgu!


Enjoy ye..jika suka jangan lupa follow blog illyz untuk update seterusnya :)

Lawak Angry Bird ( Video )

Lawak Angry Bird





Video di atas hanya untuk hiburan semata mata.Salah satu daripada video lucu yang menarik bagi sesetengah individu.Apapun enjoy lihat video ini. :)

Monday, September 5, 2011

Jom Layan Korea Hari Ini

Pilihan Video Korea Hari Ini

Song Ji Eun Ft UntouchAble
Video Title : Give You All
Artist : Song Ji Eun Ft Untouchable

See Song Ji Eun profile at DramaWiki

Bagi sesiapa yang minat dengan artis korea,drama ke,video,atau lagu,hari ini jom layan salah satu lagu favourite korea.






Give You All ( MV ) - Song Ji Eun Ft Untouchable


Give You All ( Live ) - Song Ji Eun Ft Untouchable

Saturday, September 3, 2011

Gambar Produk Yang Pelik / Ganjil

Gambar produk yang pelik

Mungkin bagi anda sesetengah gambar di bawah mungkin bagi anda biasa sahaja,apapun tengok la ye.

 
coklat berbentuk bom,kalau makan tak meletup ke perut nanti?
coklat berbetuk peluru
Kayu Golf Istimewa,siap boleh isi air sirap lagi
Lip Balm Berjenama SPAM
Gambar kat box tu,korang rasa nak makan lagi ke? Perhatikan bahagian hidung orang dalam gambar :)
Bekas Wine / Minuman Keras,tengok gambar nampak seperti bekas tu yang sedang minum pula
Span ke apa entah namanya,biasanya digunakan untuk mandi...berbentuk ice cream.
Siapa pakai telefon jenis ni,kompem masa sedang bertelefon,tak terlepas daripada tangan
Mesin taip masa kini...canggih
Air berkabonat yang sedap diminum kalau di campur dengan lemon,tapi tgok jenama..
Terhibur? Kalau nak share ke blog anda..sila bagi kredit ke blog ini ye..Follow blogillyz untuk mendapatkan lebih banyak update terbaru